Khamis, 31 Mei 2012

Manfaat Cuti Sekolah


 
 
Sudah lima hari kita bercuti.
Macam-macam aktiviti yang sudah CikMa lakukan.
Kebetulan sepupu sebelah suami datang berkunjung, banyaklah tempat menarik yang kami pergi bersama-sama.


Menara Kuala Lumpur
Muzium Negara
i-City
i-City Snow Walk

dan yang paling menarik.....(bagi CikMa lah)


Berenang-renang :)

Masa cuti ni lah kita nak 'recharge' tenaga, emosi dan semangat.
Apa jua caranya, pastikan selamat dan sesuai, ok!






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 30 Mei 2012

Mereka Yang Berkunjung Ke Blog CikMa


 
 
Memang sangat mengujakan.

Balik dari konti Radio Ikim.fm, CikMa buka blog.... inilah hasilnya....
 

Pengunjung blog CikMa semalam

 
CikMa rasa sangat bertuah kerana diundang ke Radio Ikim.fm semalam.
Tidak pernah terlintas untuk melalui pengalaman itu.
Alhamdulillah!
 
Terima kasih kepada semua yang sudi mendengar, dan kepada para pengunjung blog CikMa , selamat membaca!

Sambutlah salam ukhuwah daripada CikMa /Ustazah




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

CikMa Duduk Di Situ!

 
 
CikMa sampai di Radio IKIM.fm pada jam 9.25 malam. Jalan dipermudahkan Allah.  Dari Kajang, hingga ke Jalan Duta, perjalanan mengambil masa hanya 40 minit. Berapa kilometer sejam suami CikMa memandu, usah ditanya. Syukur sampai dengan selamat. 
Terima kasih, ya bang!

Sepanjang jalan CikMa berzikir sahaja di dalam hati. Debaran masih belum berhenti.

 DJ Faiz, menyambut kedatangan CikMa. Aduh, makin tak keruan rasanya. Nak patah balik? Memang tak dapek den nak nolong. Maka, CikMa teruskan langkah.

" Kak. Kerusi yang akak duduk ni, Prof. Dr. Muhaya pernah duduk.
Ustaz Pahrol pernah duduk. 
Ustaz Dr Zahazan pernah duduk.
Ustaz Dr. Zaharudin pernah duduk." En. Suhail mula mengayat CikMa.
 
En. Suhail memberi sedikit panduan kepada CikMa  sebelum bersiaran
 

CikMa tarik nafas dalam-dalam.

"Kira hebat juga lah akak ni," sambung En. Suhail sambil tersenyum simpul.

Ada-ada sahaja En. Suhail nih.Tapi, CikMa dah tak peduli lagi. Fikiran CikMa cuma fokus pada tajuk bual bicara.
 

Sepanjang segmen tersebut, En. Suhail ada bersama-sama dalam konti radio sebagai galakan dan peneman CikMa.Terima kasih ya dik!

Gaya DJ Faiz yang santai , ceria dan bersahaja membuatkan CikMa selesa.
 
Nak tengok bagaimana gaya DJ Faiz  di konti ? Aha... nanti CikMa upload kan video nya Insya-allah. Tungguuuuuu


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Selasa, 29 Mei 2012

CikMa Ke Udara. Biar Betul!!




Assalamualaikum dan salam sejahtera




Lewat petang semalam, En. Suhail b. Mohamed Kamaruddin, Ikon Belia Negara menelefon CikMa.  Berdebar juga hati CikMa , maklumlah dapat panggilan daripada tokoh belia ternama.... Ada apakah gerangannya? Ketika itu CikMa sekeluarga dalam perjalanan menuju ke i-City di Shah Alam.

" Kak, saya bagi pihak Radio Ikim nak jemput akak ke udara esok malam."

Ha? Biar betul!

Sudahlah berdebar apabila menerima panggilan telefon itu, maka, bertambahlah debaran di hati CikMa kerana diundang ke Radio Ikim.fm untuk sembang santai di situ.

"Ish, boleh ke akak ni, Suhail? Tak  pernah-pernah akak bercakap di radio nih!" Balas CikMa . Sedikit gusar.

"Akak, mana ada orang pernah kak.... Mesti ada permulaannya dulu... Kalau tak cuba, sampai bila-bila pun takkan pernah."

Amboi. Apabila Ikon Belia Negara  dah bagi ayat macam tu, ligat juga CikMa berfikir. Tercari-cari kekuatan diri.

"Hmm... macam ni lah Suhail. Nanti akak tanya suami dulu, minta restu dia. Kalau dia bagi, akak terimalah, ya? Kalau ada restu baru jalan...." Usul CikMa sebelum buat keputusan.

"Ok kak. Saya minta izin beri nombor telefon akak ni kat DJ yang bertugas, ya?"





Selepas suami CikMa yang tercinta lagi dihormati itu memberi izin, DJ Faiz menelefon CikMa.

Malam tadi CikMa tak lena tidur. 
Selalunya CikMa dengar suara orang dalam radio, kali ini, CikMa sendiri! 
 
 
Kini, ruang dan peluang tersedia. CikMa akan cuba buat yang terbaik , Insya-Allah. Moga-moga ada sesuatu yang dapat dikongsikan bersama.

Kalau teman-teman sekalian berkesempatan, dengarkan CikMa malam ini ya! 


Radio Ikim.fm 

Tarikh: 29.5.2012
Hari Selasa
Waktu Siaran: 10.15 malam hingga 11 malam




Jika ada komen membina, sila hantar email  kepada CikMa :
maksuecomel@gmail.com

Doakan CikMa sukses , ya!



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 23 Mei 2012

Dia Dirogol?





 
 
Adik perempuan yang berambut pendek itu, baru berumur 8 tahun. Dia sebaya anak CikMa , Mawaddah. Sejak kami 'check in' di hospital ini, CikMa lihat dia  mundar-mandir sahaja. Kurang bercakap dan tersenyum sahaja apabila ada yang menyapa.

CikMa sangkakan, dia semakin sihat, dan menunggu masa untuk diizinkan pulang. Tetapi, tahukah kalian apa yang terjadi ke atas adik ini??

Dia DIROGOL!!!

Siapakah yang merogolnya? 

Pakciknya yang bangsat!

Mengumpan mangsa ke pasar malam, dengan hanya 50 sen, adik malang ini diperlakukan dengan kejam oleh pakciknya.

Pulang dari pasar malam, dia mengadu kepada si ayah, katanya sakit dipunggung.Si ibu menangis tanpa henti. Mengenang nasib anak sulung kesayangan dianiaya saudara sendiri.

Si ayah bertindak pantas. Dibawa anaknya ke hospital, dan terus membuat laporan polis.

Polis berjaya menangkap suspek, dan kini ditahan reman.

Kecut hati CikMa. Selamatkah anak-anak kita hari ini?

CikMa menyeru kepada diri sendiri dan kepada semua ibu bapa, sentiasalah berwaspada dengan syaitan yang bertopengkan manusia. 
 
Semoga Allah melindungi diri kita semua daripada segala kejahatan yang melata!


Nota kaki: Ketika CikMa menaip ini, adik malang itu dibawa ke balai polis untuk 
                tujuan soal siasat.Oh, adik, tabahkan hatimu!


 
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Wayar Di Badannya...

 
 
Sudah dua hari setengah CikMa berkampung di Hospital Kajang. Anak dara yang seorang tu, tiba-tiba diserang asma... teruk juga kali ni, berombak-ombak dada dan perutnya. Kalah Ombak Rindu!

Kalau anak sakit, kita pun akan rasa sakit....

Segala macam wayar yang disambung di badannya... CikMa berharap, dia cepat sembuh. Selalunya, kalau anak sakit, ibunya pun akan rasa sakit. CikMa tidur-tidur ayam sahaja, kerana setiap dua jam dikejut oleh jururawat sebab nak masukkan ubat dan sebagainya. 
 
Semua doktor , jururawat dan staf di Hospital Kajang , termasuk di Unit Kecemasan , semuanya memberikan perkhidmatan yang terbaik. Alhamdulillah...Senang hati CikMa kerana diberi layanan yang mesra pelanggan.Yang paling best, mereka meneka dengan tepat pekerjaan CikMa. Eceh, watak guruku itu sebati di mana-mana. :)


Sudah dua hari berlalu, kesihatan Mawaddah semakin pulih. Syukur Alhamdulillah. Tika ini, separuh nyawa CikMa ada padanya, suku di rumah, dan suku lagi di sekolah. Kalau semuanya baik, dapatlah CikMa menjalankan rutin hidup seperti biasa Insya-Allah.
 
Di kesempatan ini, CikMa nak mengucapkan terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan staf  di Wad Pediatrik Hodpital Kajang atas jasa profesional dalam menjalankan tugas. Semoga kalian selalu dipelihara Allah...Amin!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 18 Mei 2012

Ajar, Jangan Tak Ajar....


 
 
" Minggu depan, ustazah nak ajar macam mana nak mandi wajib."

"Ustazah, semua kena mandi ke?" Tanya Izam , murid berpipi montel Tingkatan 1 itu.

"Eh, taklah. Ustazah pilih seorang jadi model. Siapa nak jadi model?"

Beberapa murid mengangkat tangan. Termasuk Izam.

Lalu CikMa membuat undian, seorang daripada mereka terpilih. Berseri-seri muka Asieq kerana menjadi  pilihan.

" Lepas kita buat tunjuk cara  mandi wajib tu, ustazah nak buat amali bersihkan najis pula,"sambung CikMa.

"Betul-betul ke ustazah?" Tanya Izam lagi.

"Mesti la betul-betul, buat apa main-main...." Jawab CikMa sambil tersenyum.

Terbayang-bayang di ruang mata,  macam manalah agaknya gelagat murid-murid CikMa membersihkan najis nanti.

"Ustazah, saya nak bawa tahi kucing! Tahi kucing najis mutawassitah kan, ustazah?" Izam bersuara lagi. Dia memang seorang murid yang banyak perkataan. Pantas memberi respon. 

" Ha, boleh-boleh. Nanti isi dalam bekas ok!" CikMa menelan air liur. Semacam ada benda di anak tekak.

"Ustazah, saya nak bawa tahi hamster, boleh? " Baru CikMa nak tarik nafas dalam-dalam, Syahmy pula meluahkan hasrat. 

Murid-murid dalam kelas mula ketawa. Ada yang menunjukkan gelagat geli-geleman, tak kurang juga ada teruja.

Aduh-aduh... CikMa membayangkan tahi hamster. Macam mana, ya? Tak pernah tengok.

" Ustazah." CikMa menoleh. 

" Saya bawa pampers adik saya boleh?" Mata CikMa membulat. Macam tak percaya. Soleh menyengih , raut wajahnya yang tenang membuatkan CikMa serba -salah.

" Yang ada kek , atau tak?" CikMa menambah gamat.

Satu kelas ketawa.
 
 Aman jiwa CikMa. Anak-anak ini ke sekolah kerana ingin menuntut ilmu. CikMa cuba datangkan nilai holistik , biar ilmu mereka dapat dan melekat sampai akhirat.
 
 Namun, terkenangkan najis terakhir itu, anak tekak CikMa kembali meloya.
 
Bisakah???
 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 16 Mei 2012

Apabila Hari Guru....


 
 
Ya, hari ini adalah Hari Guru. 

Berdenting-denting bunyi sms yang masuk membawa ucapan Selamat Hari Guru untuk CikMa.

Semua pengirimnya istimewa. 

Namun,  mereka yang mengirim  sms itu bukanlah anak murid CikMa , tetapi mereka adalah ahli keluarga, sahabat handai, tak kurang juga yang  merupakan guru , sama seperti CikMa.

Ucapan-ucapan tersebut CikMa andaikan seperti ubat suntikan yang pasti diterima sekali setahun. Ubat yang memberi semangat, menguatkan hati , dan mengekalkan azam diri agar teruskan langkah dengan gagah dan berwawasan dalam dunia pendidikan.

Apabila menyambut Hari Guru, pasti minda CikMa akan terkenang kembali saat mula-mula bergelar seorang guru.

Paling tak boleh CikMa lupa,  cerita ini : Maaf Tanpa Syarat

Langkah diteruskan. Hati mana yang tidak sedih apabila mengetahui anak murid tidak makan berhari-hari.

Murid-murid ibarat doh tepung, guru yang akan bentuk mereka sama ada jadi karipap, cekodok atau donat!
 
Adakalanya kisah murid mencuit hati nurani CikMa dalam kisah Baju Arnab

dan macam-macam perkara dalam  hidup yang CikMa belajar apabila menjadi seorang guru. 



Guru, penuntut ilmu sepanjang hayat!




SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU!

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Sabtu, 12 Mei 2012

Cop Buku Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 


Anda  suka baca buku?

Suka beli buku?

Banyak tak beli buku?

 Tak kisahlah sama ada buku kita ke, buku suami mahupun buku anak-anak.

CikMa nak kongsi idea. Baru dapat dua bulan lalu, dan mula CikMa praktikkan bulan lepas. Mungkin agak lambat, tapi “better late than never!” Kan ? Kan?

Setiap kali beli buku, balut buku kita.


Lepas balut, kita cop buku-buku tersebut.

 



Buku Mawaddah, cop namanya di bawah

Buku CikMa, cop nama CikMa di bawah


Buku-buku yang kita beli tu adakalanya ada yang berhajat untuk meminjam. Jadi dengan membalutnya, buku akan jadi lebih tahan lama dan tak mudah rosak.

Buku-buku yang dipinjamkan pasti balik ke pangkuan kita semula sebab kita dah cop. Jadi, tidaklah buku yang dibeli ghaib begitu sahaja.

CikMa rasa seronok juga bila cop-cop buku ni! Jom cuba!


Nota kaki: Idea cop  buku  CikMa ambil daripada Al-Fadhil Ustaz Zamri, Pegawai di Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. Syukran ustaz…


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 9 Mei 2012

Berkampung Di Pesta Buku





 
 
Pada 4 hingga 6 Mei 2012 yang lalu, CikMa berkesempatan mengikuti Program Pengkarya Guru Siri Kedua di Hotel Grand Pasific Kuala Lumpur. Memandangkan minggu tersebut merupakan hari-hari terakhir PBAKL  , maka kami berkursus di PWTC   , Tingkat 5. Menarik, kan!

Penganjur Program Pengkarya Guru iaitu Majlis Buku Kebangsaa Malaysia          ( MBKM) telah memberi 'ole-ole' kepada semua peserta yang hadir.


Kupon RM20 setiap seorang



Tak pernah seumur hidup CikMa pergi pesta buku pagi-pagi hari, malah selama dua hari pula 'berkampung' di situ.

Seronok berada di pesta buku... berduyun-duyun orang membawa keluarga ke sana. Macam-macam ada....


Sehingga Sabtu 5 Mei 2012, seramai 1.4 juta yang berkunjung ke PBAKL 2012



 Kumpulan Inteam


Untung juga pergi saat-saat akhir. CikMa dapat diskaun sehingga 25% di gerai PTS. Suka sangat!

Raja Lawak Man Posmen


Berkampung di pesta buku, suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Sabtu, 5 Mei 2012

Misi Membalas Dendam 2




 
 
Bulan lepas , CikMa sudah melaksanakan Misi Membalas Dendam di Shah Alam. Kali ini, misi tersebut dilaksanakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pula dengan jayanya.

Jeng jeng jeng...


11 buah !



Buku-buku yang menjadi pilihan hati CikMa kali ini terbahagi kepada 4 jenis. 
 
Kesemua buku  diharap dapat  
menambah input agar CikMa terpandu untuk menjadi isteri dan ibu mithali ,
hamba-Nya yang diredhai,  
guru yang berbakti dan 
penulis yang berinspirasi. Wah!

Buku 1 Hari 1 Resepi.Chef Hanieliza. PTS. RM36 (lepas diskaun) , CikMa beli demi menambat hati suami dan anak... Biar rasa air tangan CikMa setiap hari, insya-Allah. Ada 365 resepi, cukup setahun! Alamak, betul ke ni? Macam tak percaya lah...

Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. Tulisan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. PTS. RM28. Buku ni membuatkan CikMa nak tahu sangat teori dan strategi untuk mendorong murid supaya suka datang ke sekolah dan seronok hendak mendengar guru mengajar.

Peristiwa Dahsyat Menjelang Kiamat : Bencana Akhir Zaman.Fahrur Muis. PTS. RM14. Buatkan hati CikMa tunduk , dekat dan sentiasa taat kepada perintah Allah, mudah-mudahan bertambah iman di hati. Amin.

Disebabkan CikMa mula berjinak dengan dunia penulisan, banyak buku berkaitan dengan penulisan yang CikMa 'borong'.
 
 

1.Ingin Menjadi Penulis? A.Ubaidillah Alias.Telaga Biru.RM12 
2.POW! Menjadi Penulis Hebat.Langkah Demi Langkah.BobbiDeporter.PTS.RM14. 
3.Panduan Menulis Cerpen. Jasni Mat Lani.PTS. RM22. 
4.Persediaan Menulis Cerpen.Othman Puteh.DBP.RM4. 
5.Persediaan Menulis Novel.Othman Puteh.DBP.RM3.50. 
6.Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf. Ainon Mohd.PTS.RM21.50. 
7.Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas.Zamri Mohamad.PTS.RM27.



Dan yang terakhir , CikMa beli Super Safee.Komik yang menceritakan kisah hidup bintang bola sepak negara dari kecil... Rupa-rupanya, Safee Sali ni pandai orangnya, dapat 7A masa PMR...Saja CikMa beli buat sokongan dan koleksi...

Buku Mawaddah? Mestilah ada... :)
Lain kali CikMa cerita.




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Iklan Guru Cemerlang 2012

 
 
Ting Tong Ting Tong !

CikMa nak war-warkan... 

Kepada rakan guru yang berminat mahu menjadi Guru Cemerlang, permohonan mula dibuka 30 April 2012 yang lalu...... 
Tarikh tutup 28 Mei 2012.

Apa? 
 
Tak minat ?

Tak pasti ?

Okey, kalau anda seorang guru, tapi masih samar-samar dengan laluan pilihan anda, baca entri CikMa yang ini:  Kenapa Jadi Guru Cemerlang?

Namun  entri tersebut merupakan hasil daripada pemerhatian dan pendapat  peribadi  CikMa sahaja...CikMa harap sesuai untuk dijadikan panduan serba-sedikit,Insya-Allah.

Pemangkuan gred yang ditawarkan ialah:

PPP
Gred ditawarkan
Guru Sekolah
DGA32, DGA34, DGA38, DG44, DG48, DG52, DG54 & KHAS C
Pensyarah IPG
DG48, DG52, DG54 & KHAS C
Pensyarah IAB
DG48, DG52, DG54 & KHAS C
Pensyarah KM
DG48, DG52, DG54
Pensyarah ELTC
DG44, DG48, DG52, DG54



Kalau anda berminat, bolehlah rujuk syarat dan iklan penuh di sini...

Selamat maju jaya... Semoga kejayaan milik kita semua, amin....

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Selasa, 1 Mei 2012

Tonggak Dua Belas

 
 
Sempena Hari Pekerja ni, CikMa nak tarik perhatian semua rakan pembaca kepada nilai dan etika seorang kakitangan awam yang digarap dalam Tonggak Dua Belas.

Pernah dengar tak? 

Kalau yang dah pernah dengar, mari kita tenung-renungkan , adakah kita (bagi kakitangan awam) telah mencapai kesemua Tonggak Dua Belas tersebut?

     TONGGAK DUA BELAS
 
  1. Menghargai Masa
  2. Ketekunan Membawa Kejayaan
  3. Keseronokan Bekerja
  4. Kemuliaan Kesederhanaan
  5. Ketinggian Peribadi
  6. Kekuatan Sifat Baik Hati
  7. Pengaruh Teladan
  8. Kewajipan Menjalankan Tugas
  9. Kebijaksanaan Berhemat
  10. Keutamaan Kesabaran
  11. Peningkatan Bakat
  12. Nikmat Mencipta

Wow! Andai seseorang kakitangan awam tu dapat capai semua nilai dalam Tonggak Dua Belas ni, memang layaklah mendapat anugerah cemerlang.

CikMa sendiri? Dah 10 tahun CikMa jadi kakitangan awam, yang nombor 3 tu jelah yang betul-betul tersemat dalam jiwa dan raga. Macam mana tu?? 
kua kua kua.....

Untuk mencapai hasrat itu, mari kita khatamkan buku ni.




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥