Ad Code

Responsive Advertisement

Dalam Kereta ?


 
 
Sejak CikMa ke udara menjadi tetamu jemputan segmen Remaja di Radio IKIM.fm tempoh hari, ramai ahli keluarga dan sahabat handai yang merakam ucapan tahniah buat CikMa. CikMa sangat menhargainya. Terima kasih semua.... Terima kasih sangat-sangat!
 
Namun, kesemua ucapan itu CikMa pulangkan kepada-Nya kerana Dialah yang memberi ruang dan peluang kepada Cikma. 
Alhamdulillah....Terima kasih , Allah.
 
 Dan juga CikMa pulangkan semua kata-kata penghargaan itu kepadanya, iaitu suami CikMa sendiri yang memberi laluan dan restu kepada CikMa. Tanpa keizinan dia, CikMa tidak akan berada di mana CikMa mahu berada. Alhamdulillah.... Terima kasih, abang.
 
Abang-abang dan kakak CikMa semuanya mendengar siaran tersebut di dalam kereta. Maklumlah di rumah tiada radio. Terbayang bonda pernah bercerita, seperti zaman dahulu kala, semua berkumpul di sebuah rumah , hanya untuk menonton televisyen!

Maka, berasak-asaklah anak-anak buah CikMa semuanya duduk di dalam kereta untuk mendengar.

Andai boleh dicadangkan agar Radio IKIM.fm dimasukkan dalam program Astro, kan menarik ?


Seorang teman  CikMa yang berbangsa Cina pun turut memutar radio IKIM.fm pertama kali dalam hidupnya untuk memberi sokongan. Disebabkan radionya rosak kerana banjir dahulu, dia turut berada di dalam kereta untuk mendengar siaran tersebut. :)

Keluarga mertua, sepupu-sepapat , teman-teman yang lain, dan anak murid CikMa turut tidak ketinggalan. Ramai juga yang baru pertama kali membuka siaran Radio IKIM.fm yang mendidik jiwa . Tak kurang juga ada yang menghantar respon di FB IKIM.

Semua yang CikMa sampaikan itu, yang baik ambil sebagai panduan, yang buruk minta dijauhkan....

Terima kasih semua...Terima kasih sekali lagi!

Ole-ole dari Radio Ikim.fm...terima kasih Dj Faiz :)

Saya rasa:

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Assalamualaikum.....tuan hamba datang sini dari empayar yang jauh semata-mata mahu menjemput saudara/saudari
    dalam "Segmen: Trademark Blog Saya"
    harap MARYATI dapat hadirkan diri dan dalam masa yang sama dapat menjadi rakan dan readers patik (^_^)

    Salam selamat dari FR , assalamualaikum dan senyum ceria dalam ranjau meniti kehidupan.

    Direct Link -- Segmen: Trademark Blog Saya

    BalasPadam
  2. wahhhh on air ikim ye. syok nye. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebetulan dijemput cuti-cuti sekolah ni... pengalaman yang sukar dilupakan! :)

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu