Di penghujung tahun ini, CikMa mendapat berita gembira.
Wah...? Berita apakah itu?
Setelah 2 tahun mengharung Lebuhraya Cheras-Kajang, dengan waktu kerja yang tidak menentu hala, akhirnya permohonan pindah CikMa telah berjaya. Itupun setelah 7 kali memohon. Ya, 7 kali.
Syukur , Alhamdulillah.
Tahun 2012 yang memang mencabar, berlabuh ke penghujungnya.
Kepada rakan-rakan guru yang masih belum dapat berpindah, terutama yang berjauhan suami dan isteri, CikMa berharap kalian janganlah berputus asa. Cuba lagi dan berdoa banyak-banyak kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani dan bersabarlah kerana Allah bersama-sama orang yang bersabar.
" Kak, nanti saya nak minta tolong Encik X di jabatanlah. Harap dia boleh adjust saya pindah sekolah dekat sikit." Seorang kenalan CikMa bernada harap. Dia juga terpaksa berulang-alik seperti CikMa, namun permohonannya kali ini, gagal.
" Dia tu siapa? Maksud akak Encik X tu." Sengaja CikMa bertanya.
" Pegawai kat jabatan. Saya kenal dia." Jawabnya bersungguh-sungguh.
" Dik, ikut pengalaman akaklah, selagi dia tu bukan SUAMI kita, bukan AYAH kita, bukan DATUK kita, jangan haraplah dia nak tolong kita dik." Balas CikMa, agak pedas.
Rasuah, memang bukan amalan kita. Sekadar nak minta tolong, bagi yang tidak berkepentingan , jangan haraplah kepada manusia.
Kita yang biasa-biasa ni, tak ada apa-apa kabel. Tapi, jangan lupa, sebenarnya kita ada KABEL yang paling kuat, iaitu ALLAH SWT!
Andai mengharap kepada manusia, kita akan kecewa. Lalu , alihkan pengharapan kita kepada Allah Yang Mencipta, pastinya kita akan gembira.
Dia pasti kabulkan, apa yang kita PERLU, pada SAAT yang tepat!
nota kaki:
Ampun maaf kerana entri kali ini agak pedas, mengenangkan sikap manusia yang hanya melepaskan temboloknya semata-mata.
Bukan sekali, malah berkali-kali! Allah Maha Adil, malah Maha Melihat.
Dunia, sementara cuma.
4 Ulasan
Setelah 8 kali memohon. Ya, 8 kali...
BalasPadamMASIH TAK DAPAT2.... hehehe
(cikma....teka sapa saya)???
8 kali nombor bertuah tu, tak dapat2 jugak? Haishhh...
PadamTahu, Cikgu Roslan yang bujang trang tang tang tu lah...kalau tukar status, mungkin % dapat lebih tinggi? :)
Tahniah akak. Thn dpn blh x pggl akak bg bengkel pmr lg? :-) - nadia
BalasPadamSyukran Nad.
BalasPadamIn Shaa Allah, kalau diberi izin, sampailah akak :)
Ada nak komen?Tulis sini ek... :)