Ad Code

Responsive Advertisement

Tentang Surau : Proses Menentukan Arah Kiblat

 
 
 Disember sudah hampir ke penghujung.
 
 Di saat rakan guru yang  lain sedang 'menggembirakan hati' untuk menghabiskan cuti, atau bersiap-sedia dengan Buku Rekod baharu, CikMa masih bersingsing lengan menyempurnakan Projek Naik Taraf Surau Sekolah.

CikMa berharap, selesai projek ni, Allah Ta'ala beri  seketul sihat dan segunung semangat untuk CikMa melangkah ke tahun baharu. 
Mudah-mudahan!

Demi meraikan pengunjung blog CikMa yang menyertai 
Kempen Tabung Surau Sekolah: Saham Akhirat Dengan Seringgit, 
CikMa akan menulis perkembangan surau CikMa dari semasa ke semasa.
 
Di kesempatan ini, CikMa ingin merakamkan jutaan terima kasih jazakumullahu khairan jaza' kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan infaq untuk mencapai hasrat yang mulia ini.
 
 Allah sahaja yang layak memberi ganjaran pahala waqaf kalian semua. Walaupun seringgit, ianya tetap ada nilai di sisi Allah.

Semalam, tiga orang pegawai dari Pejabat Mufti KL telah datang untuk menentukan arah kiblat surau sekolah CikMa. 
 
Ahli Falak ini sangat mahir dan cekap menjalankan amanah mereka demi ummah sejagat.Mereka yang CikMa maksudkan ialah:
 
 
 
Jom kita tengok gambar!



Pasang alat "total stand" di tanah lapang

Angka bearing di sini



'Cari' matahari

Kompas presmatik di bahagian atas, berdekatan surau.

Cari arah matahari

Pemberat di bawah kompas presmatik

Tanda titik pertemuan

Kemudian, baru masuk dalam surau

Ustazah menyorok ke? :)

Kiraan yang teliti

Kanan sikit, op op  :)

Memang teliti
Buat garisan tanda arah kiblat

Alhamdulillah, tepat arah kiblat kami!

Senyum semua :)

Alhamdulillah, akhirnya selesai satu tugasan CikMa, dengan membawa Ahli Falak ke surau sekolah. Ilmu yang menarik , dan unik. Subhanallah.
 
Terima kasih yang tidak terhingga CikMa ucapkan kepada Ust. Mohd Marngi, Ust. Fadhlul Hadi dan Ust. Mohd Shah, kepada para guru , En. Zaiful dan anak-anak murid yang sudi hadir.
 
Semoga Allah Ta'ala memberkati langkah di perjalanan!
 
 Gambar : Kredit untuk Hudal Firdaus (baju kotak-kotak) , nice job!



Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Assalamualaikum......bagus idea ni..izinkan saya pinjam idea ni utk saya elokkan surau sekolah saya.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan/ Puan yang baik hati... silakan... ilmu yang baik semuanya daripada Allah jua :) pastikan daftar dahulu di website mufti ok.

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu