Sabtu, 30 April 2011

Kisah Hari Guru 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua....

Hari Guru akan muncul tidak lama lagi. Apabila aku menyambut Hari Guru saban tahun, banyak kenangan yang kusimpan. Ada yang mencuit hati, ada yang menggembirakan hati tak kurang juga ada yang membuat dadaku sebak.

"Syafiq, boleh tak awak duduk salin latihan ni diam-diam?"Aku menegur murid Tingkatan Satu itu.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 27 April 2011

Mari Mengira

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua....

Dalam sebulan lagi, umurku akan mencecah 33 tahun. Sebagai seorang wanita biasa, dalam usia begini, aku  panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas semua nikmat-Nya. Apa tidaknya, kini, aku sudah bergelar seorang isteri,sementelah ada lagi rakan-rakanku yang masih membujang. 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 20 April 2011

Menyangkut Masalah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته......

Salam Sejahtera buat semua...

"Kenapa dengan dia tu? Semalam okay aje?" Tanya Salmah. 

"Entah, tiba-tiba hari ni nak marah-marah. Bergaduh dengan suami kot?" Salwa mencelah.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Ahad, 10 April 2011

Dah Tanda ke Belum??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....
Salam sejahtera buat semua…

Wah, wah, sibuk nampaknya? Sejak hujung Mac hingga  April ini, jadualku   agak  padat. Aku sibuk menghadiri aktiviti dan program yang berkaitan dengan Pendidikan Islam, baik di peringkat kebangsaan, negeri, zon mahupun di  peringkat sekolah. Aku kira, rakan-rakan guru yang lain pun menghadapi situasi yang sama. Kesibukan yang tiada noktah.  

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥