Ad Code

Responsive Advertisement

KSSM : Satu Hasrat Murni

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

CikMa baru pulang daripada menghadiri Taklimat Penyelarasan Uji Rintis KSSM Tingkatan 1 2012 bagi subjek Pendidikan Islam di Tiara Beach Resort , Port Dickson selama 4 hari 3 malam.

Kursus kali ini melibatkan sekolah-sekolah di seluruh negara yang terpilih untuk melaksanakan uji rintis di sekolah mereka pada tahun hadapan.Sekolah CikMa turut terpilih untuk subjek Pendidikan Islam yang mana CikMa sendiri akan melaksanakannya di sekolah nanti.Insya-Allah.

Aktiviti Perbincangan  Modul Pengajaran

Tujuan utama diadakan Uji Rintis ini adalah untuk menilai dan mengumpul dapatan sejauh mana keberkesanan kurikulum baru iaitu KSSM  (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) di peringkat sekolah. KSSM akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2014 , maka sebab itulah tahun hadapan ianya diuji terlebih dahulu demi memastikan sistem pendidikan negara mantap dan dapat mencapai matlamat yang dihasratkan.

Secara peribadi,CikMa sangat teruja dengan KSSM  Pendidikan Islam yang dibina kerana ianya menekankan 5 objektif iaitu ilmu, amali, amalan, penghayatan dan pembudayaan.

Dari sini dapat kita lihat, kemenjadian murid yang dihasratkan adalah seimbang dunianya dan akhiratnya. 

Kita mahukan anak yang cemerlang, bukan sahaja dari segi ilmu dan amali bahkan anak-anak ini akan diterapkan dengan amalan, penghayatan seterusnya menjadikan semua ajaran Islam dan nilai murni sebagai satu budaya dalam kehidupan.

Namun, setiap pembaharuan dan perubahan, pasti ada bayarannya... maka, CikMa menyeru kepada semua pendidik umumnya dan semua GPI khususnya agar mempersiapkan diri untuk meneruskan perjuangan kita yang belum selesai.....

Kata Tn. Hj. Zamri (Ketua Unit P.Islam , BPK,KPM) :

Kalau kita tidak berubah sekarang, bila lagi? 
Kalau bukan kita, generasi mana yang akan melakukannya?


Saya rasa:

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. salam ustazah,
    boleh share bahan masa kursus tu tak?

    BalasPadam
  2. wa'alaikumussalam...

    boleh, tiada masalah.. nanti saya upload dan bolehlah ambil nanti, ok....

    BalasPadam
  3. Salam ustazah, boleh email bahan kursus tak? azlina910@yahoo.com

    BalasPadam
  4. Salam ustazah. boleh emelkan kepada saya bahan2 kursus? tetudih@yahoo.com

    BalasPadam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu