Tak sabar nak menulis. Banyak cerita yang sudah CikMa peram seminggu ini.
 
Sejak mengajar murid Menengah Atas , (Tingkatan 3,4 dan 5) CikMa kerap menerima SMS daripada anak murid, maklumlah rata-ratanya sudah memiliki telefon bimbit masing-masing. Ada SMS yang ucap terima kasih, minta doakan dan tak kurang juga yang mengadu masalah ' hidup' mereka. 
 
Suatu malam, jarum jam hampir masuk ke angka 11, CikMa dikejutkan dengan penghantaran SMS daripada seorang anak  murid yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini. Katanya:




"Assalamualaikum ustazah,maaf ganggu ustazah malam-malam ni. Ni Muhammad. Ayah tiri saya mengamuk, marah kat saya. Saya takut ustazah, sekarang saya dan adik perempuan saya menyorok dalam bilik. Apa perlu saya buat ustazah?Emak saya tak mahu tolong....."


 
Terkedu CikMa sebentar. Berdetup-detap jantung CikMa. CikMa baca SMS itu sekali lagi. Kali ini, CikMa baca kuat supaya suami mendengar sama. Terdiam dia , mungkin ligat berfikir sesuatu mencari punca.
 
Di sekolah, CikMa mendengar luahan rasanya. Dikisahkan ,setelah bercerai dengan ayah, si ibu memintal benang cinta dengan lelaki lain. Namun, cinta itu tidak kesampaian.
 

"Ibu saya putus cinta...."


 
 
Bagi mengubat luka di hati, si ibu terus membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki lain, yang baru dikenali dalam tempoh sebulan lebih. 
 
Hanya dengan meminta ayah tiri tidak merokok di dalam rumah, membuatkan lelaki dewasa itu mengamuk. Si ibu, tidak mahu campur tangan apatah lagi membela si anak yang sakit itu. Mudah-mudah sahaja,ayah tiri  menendang  pintu bilik si anak yang menggigil ketakutan ,sehingga pecah pintu itu. Rasa takut, sudah bertukar menjadi benci dan dendam. 
Bening mata si anak, meresap dalam darah CikMa.






Kasihan!
Hati CikMa bagai dikeronyok!!

Setiap hari, Muhammad akan terus berada di sekolah, hingga lewat petang. 
Rumah , bukan lagi syurga baginya. 
Ibu, bukan lagi ratu hatinya.


Nota kaki: Teruk sungguh perangai orang tua yang putus cinta!
Gambar  : Terima kasih Abang Google