Ad Code

Responsive Advertisement

Mahu atau Tidak?

 
 
Setelah tamat mesyuarat petang tadi, CikMa menukar keperluan dalam beg. Mesyuarat kurikulum memang berat. Minggu ini, CikMa berada di rumah dan sekolah 2 hari sahaja. CikMa teruskan langkah ke Flamingo Hotel untuk menghadiri Program Pembangunan Pengkarya Guru KPM yang bermula malam ini dan tamat pada hari  Ahad nanti.

Pastinya ini langkah pertama CikMa!


Melihat pemeran ilustrator kumpulan perintis 'ArtGenting 2011'

Cantik!

Boleh ke CikMa buat macam ni??
Dan yang ini?

Taklimat pertama, memang menyuntik semangat.

" Cikgu-cikgu, beribu yang memohon, namun hanya 142 orang  ini sahajalah yang terpilih. Iaitu anda semua!" Kata-kata Cikgu Zulkarnine yang mewakili Malaysia ke Bologna  International Children's Book Fair  di Itali bulan lepas , betul-betul memberi nafas semangat untuk CikMa.

Beliau yang mengajar di sebuah sekolah khas di Kuala Pilah bermula dari -0. Namun, setelah diberi tunjuk ajar dan bimbingan, kini beliau aktif berkarya.

Ruang dan peluang, mahu atau tidak, kitalah yang memilih!
Saya rasa:

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tgn sy x berseni. Seni komputer bolehle

    BalasPadam
  2. skpd25, seni jugak tu... :) CikMa langsung out! tulis ok lagi, tang lukis, huwaaaaa

    BalasPadam
  3. Setiap tahun ada ke kursus penulisan ni.berminat sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan/ Cik Puan yang dedikasi,

      Bermula tahun 2011 MBKM telah buka ruang secara online.
      CikMa sertai pada tahun lepas dan tahun ini.
      Untuk tahun hadapan, CikMa tidak pasti.
      Singgah-singgahlah ke web MBKM supaya tidak terlepas iklannya, ok.

      Selamat maju jaya! :)

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu