Sabtu, 25 Ogos 2012

Nikmat Ramadhan Seorang CikMa

 
 
Salam lebaran buat semua... .

Puas beraya seminggu kan? Pejam celik pejam celik dah pun nak mula kerja dan bersekolah. Apabila mula nak bersekolah ni, semua peristiwa di sekolah terimbau kembali.

Sepanjang bulan Ramadhan, CikMa berdoa supaya tidak sakit, diberikan kekuatan dan kecekalan. Kenapa? CikMa perlu ke sekolah setiap hari, kerana Program Ihya' Ramadhan perlu dilaksanakan setiap hari. Memandangkan CikMa seorang sahaja guru agama di situ, maka semua pelaksanaan terletak di batu jemala patik :)

Program Mari Mengaji , sama macam tahun lepas. Cuma untuk menambah pahala dan skill murid, CikMa telah melantik beberapa murid yang sudah  pandai mengaji untuk membimbing rakan mereka yang masih mengaji Iqra'. Nampaknya, pembahagian tugas ini memudahkan CikMa untuk mengurus program yang lain.

Imam Muda, menambah pahala dan skill

Tahun lepas, CikMa buat Program Mari Mengaji  untuk guru juga, sama macam murid. Tapi untuk tahun ini, CikMa ubah strategi, CikMa buat Tadarus Al-Quran. Setiap guru akan membaca 2 juzu' setiap seorang. Alhamdulillah, sambutan memberansangkan. Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, seramai 30 orang guru telah menerima cenderahati yang eksklusif  daripada Panitia Pendidikan Islam.

Lampu garam kristal dan biskut bercop Ihya' Ramadhan 1433H


Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih tidak terkecuali. Bertungkus-lumus juga CikMa melaksanakannya dengan bantuan rakan guru AJK  yang baik hati. Anak-anak murid juga banyak membantu. Alhamdulillah... .






 
 
Seterusnya CikMa buat Khatam Al-Quran.

Cikgu Omar yang pimpin....
Ada kuiz Ramadhan, Info@Ramadhan.com dan Majlis Penyampaian Sumbangan Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin.


Kesimpulannya, kesemua aktiviti sepanjang Ramadhan berjaya dilaksanakan. Walaupun 'sebatang kara' CikMa kuatkan semangat, manakala anak murid dan rakan guru menjadi obor CikMa untuk meneruskan perjuangan.

Kalau yakin boleh, semuanya PASTI BOLEH!

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)