Selasa, 27 November 2012

Bila Pesakit Kanser Bersuara....

 
 
Kepada para dermawan yang budiman...

Terima kasih CikMa ucapkan... sedikit lagi perjuangan CikMa akan berakhir untuk episod : 
 
Tabung Surau Sekolah : Saham Akhirat Dengan Seringgit

Episod baru bakal menyusul, insya-Allah selagi nyawa
 
dikandung badan.

CikMa  teringat kata-kata seorang pesakit kanser kritikal :
 
 " Kalau nak buat sesuatu kebaikan, saya akan buat hari ini juga, kerana, belum tentu lagi saya akan hidup esok! "

Masya-Allah, kata-katanya membuatkan CikMa kagum. Kata-kata itu juga agak menakutkan CikMa.

Kita selalu leka, kerana tidak sakit dan juga tiada perang seperti di GAZA.

Seandainya kita mati, agak-agaknya amalan manakah yang Allah terima? Allahu akbar..

Tabung masih terbuka, jika anda ingin menderma.
 
MARYATI MOHD AMIN
MAYBANK : 1645 4805 9224
Klik sini untuk lebih feel... :)
 


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Ahad, 25 November 2012

Tabung Surau: Kisah Menyentuh Hati

 
 
" Ustazah, ni akak nak infak untuk surau sekolah ustazah." Ujar seorang hamba Allah.

"Alhamdulillah...." Sahut CikMa.


"Tapi sikit je ustazah, akak anak ramai. Tak dapat bagi banyak." Sambungnya.

"Alhamdulillah...sikit-sikit pun, ada nilai di sisi Allah."

"Ni ha, anak akak enam, akak suami isteri, seringgit niat untuk arwah ayah, seringgit lagi untuk emak akak. 6+2+2 genap-genap RM10 ustazah."


Suaranya, betul-betul terus masuk dalam hati CikMa. Lalu dia menghulur not RM10 yang merah, sepertinya warna mawar yang harum memekar dengan segenap sayang kepada seluruh ahli keluarganya, demi mencari redha pahala waqaf.


Masya-Allah....Alhamdulillah Allahu akbar!

"6+2+2 genap-genap RM10 ustazah"
 

" Ya Allah, Kau yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Kau peliharalah keluarganya sentiasa, limpahilah mereka sekeluarga dengan rezeki berganda lagi barakah! Amin..."


CikMa menangis!


Jika anda ingin turut serta, salurkan sumbangan anda, walaupun seringgit ke:

 MARYATI MOHD AMIN

MAYBANK : 164548059224

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 21 November 2012

Saham Akhirat Dengan Seringgit

 
 
Kelmarin, CikMa singgah di sekolah. Menyiapkan baki tugasan sebelum berpindah  sambil menjengok keadaan surau sekolah  yang sedang dibaikpulih.

Sedang Palestin berjuang mempertahankan tanah air daripada Israel laknatullah, CikMa di Malaysia berjuang menaiktaraf surau sekolah.




Tempat ambil wuduk
 
Tembok yang akan dipecahkan supaya lebih luas
 
Ruang dalam surau , pastinya akan diberi nafas baharu
 
" Ustazah ni, nak buat surau cantik-cantik, dia pula nak pindah!" Ujar rakan-rakan  guru di sekolah CikMa.
 
Dalam hati tentulah sayang, namun, keperluan hidup menuntut yang lain.
 
Biarlah. CikMa merenung.
 
 Jihad di Palestin, besar nilainya.  Akarnya jihad taqwa kepada Allah. Tanpa ibadah, mana mungkin jiwa jihad menyerlah. Terasa malu pada diri sendiri.

Surau sekolah, antara tempat CikMa menyebar dakwah, menerap ilmu ibadah. Kalau suram, tiada tarikan. 
Sesiapapun takkan suka datang bertandang.

CikMa berdikit-dikit, mencari penaja. 

Alhamdulillah, masih ada yang sudi menghulur. Terima kasih CikMa ucapkan. Didoakan semoga kalian sentiasa dalam peliharaan Allah, dan dilimpahi rezeki berganda lagi barakah.

Namun, jumlahnya masih belum mencukupi. Allahu Akbar... .

CikMa kuatkan semangat. Biasalah, berjuang mana ada yang mudah? Sambil menadah tangan memohon kepada Allah Azza Wa Jalla, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, CikMa ingin menganjurkan:

TABUNG SURAU SEKOLAH
SMK ST. GABRIEL, KUALA LUMPUR

"SAHAM AKHIRAT DENGAN SERINGGIT"


 Sumbangan anda bolehlah disalurkan kepada:

MARYATI MOHD AMIN
MAYBANK: 164548059224

Semoga tercapai hasrat murni ini untuk menyuburkan semangat beribadah,  demi menyerlah jiwa jihad dalam kalangan pelajar sekolah.
 
Walaupun mereka tidak berjuang di medan perang, 
mereka perlu berjuang menentang hawa nafsu.
 
Tanpa ilmu dan amal ibadah, mampukah??

Di kesempatan ini, jutaan terima kasih CikMa rakamkan kepada yang sudi menginfak, semoga  dikira sebagai amal jariah, saham akhirat!

Nota kaki: Hanya RM1000 sahaja lagi yang belum mencukupi....




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Isnin, 19 November 2012

Segmen : Tambahkan Followers Di Blog

 
  
Dah lama CikMa tak join segmen. 
Bila tengok umur adik yang menganjurkan segmen ini, CikMa tertarik untuk turut serta. 
Aimi Wardina, 11 tahun!  Hui... kecil-kecil cili padi...
CikMa join lah nak bagi support, sambil-sambil tu boleh kenal dengan ramai kawan baru kan...  :)
 
Klik sini untuk sertai segmen

Jumlah follower CikMa sekarang ialah 185 (ciput jer)
 
CikMa nak link kat:
 
1.  http://akunurardini.blogspot.com/
 2. http://wwwmarina-arina.blogspot.com/
 3. http://sesucihatiraudhah.blogspot.com/
4.  http://maszull.blogspot.com/
5.  http://cikguza.blogspot.com/
 
 Anda nak join juga
 
Syarat-syarat :
Follow Blog Aimi *wajib
✦ Follow Twitter Aimi *tak follow pun xpa :)
✦ Mempunyai Blog

Cara-cara :
✦ Buat Entry Yang Bertajuk 'Segmen : Tambahkan Followers Diblog.
✦ Letak Banner Di atas Di Entry Awak.
✦ Tulis Jumlah Followers.
✦ Letak 5 Link Blog Orang Lain *mereka xtahu pun xpa :)
 
 Segmen ni sampai : 15/11/2012 - 20/11/2012
 
Ok, harap-harap bertambah rakan alam maya CikMa  selepas ini  :)
 
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Gaza, Apa Yang Boleh Kita Lakukan?

 
 
Seminggu ini, emosi CikMa agak terjejas. 
Tiada mood untuk mengupdate status di facebook apatah lagi menulis itu ini yang muluk-muluk.

Kisah anak dan ibu.
Kisah kerja dan rumahtangga.
Kisah membeli barang dan mendapat hadiah.
Gambar makanan yang enak-enak.
Apatah lagi lawak jenaka.

Di ruang mata hanya yang terbayang saudara seIslam di GAZA yang berlari-lari mencari tempat berlindung, tatkala dibedil  zionis laknatullah.


Deritanya, terasakah kita?

Terbayang anak-anak kecil yang menangis ketakutan.


Andai dapat kudakap anak ini... .

Hati CikMa bagai disagat ketika melihat nasib anak-anak kecil yang mati syahid, meski raut tenang di wajah mulus.

Allah menyayangimu




Kezaliman ini, layakkah zionis dipanggil manusia?

Lihatlah kekejaman Israel

Allahu Akbar!

Apakah yang mampu kita lakukan dari tanahair yang tercinta ini?

1. Boikot produk yang menyumbang kepada rejim zionis (kalau tak mampu semua, setakat yang boleh)

2. Menderma kepada pertubuhan berdaftar untuk rakyat Palestin

3.  Banyakkanlah berzikir dan bersyukur kerana Malaysia aman tanpa peperangan

4. Bangunlah di sepertiga malam dan memohon kepada Allah supaya membantu umat Islam di Gaza (mudah-mudahan ada satu detik yang Allah makbulkan doa kita)

5. Amalkan membaca doa Qunut Nazilah setiap kali lepas solat. (Cetak dan perbanyakkan serta edar kepada teman-teman)



Mudah-mudahan, usaha kita yang sedikit ini dapat memberi kesan positif  kepada saudara seIslam kita di Palestin. 

Tinggalkan sebentar tilam empuk kita di malam hari , sekurang-kurangnya kita mengangkat tangan menadah doa walau tidak mengangkat senjata seperti mereka.
 

Allahu Akbar!



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 14 November 2012

Buku Baharu vs Buku Lama

 
 
Buku catatan amalan  terus tercatat selagi insan bernafas.

Jika buku lama sarat dosa dan noda, maka , jadikan buku baharu penuh catatan pahala dan kebaikan.

Jika buku lama ada cacat cela, ayuh jadikan buku baharu ada penambahbaikan.

Jika buku lama tak lekang pencatat Atid, mari jadikan Raqib tak lekang dengan tintanya.

Syahadah, hayati. Mengaku Allah Tuhan yang satu, biar tawadhuk.

Solat, pelihara. Di awal waktu dan khusyuknya, biar terasa.
 
Puasa, sempurna. Bukan sekadar lapar dan dahaga, biar bermakna.
 
Zakat, relakan. Membantu yang susah sentiasa, biar berjasa.
 
Haji, azamkan. Berkorban harta dan nyawa, biar lengkap di usia muda.
 
Hijrah Nabi SAW , penuh diduga.
Hijrah kita, tiada menjangka.
 
Lebih baikkah?
Lebih burukkah?
 
Hijrah kita, jihad dan niat.
Tanpa  bilahan pedang, tanpa merentas  lautan sahra'.
 

Teruskan berjihad.
Jadikan sabar sebagai perisai.
Kerana syurga itu mahal. 
Hanya untuk mereka yang bertaqwa.

Akhirnya, tangan manakah yang menghulur buku catatan amalan di sana kelak.
Tangan kanan kah?
Atau tangan kiri kah?

Bergembira bagi yang menerima dari tangan kanan.
Meraung pula bagi yang menerima dari tangan kiri.
Mohon kembali ke dunia lagi, untuk menambah amal dan bakti.
Namun, sudah pergi tiada kembali.
Kerana itu, kita di sini, sedang meniti jambatan , buat menuju alam abadi.

Salam Maal Hijrah daripada CikMa... 
Semoga tahun baharu ini penuh dengan barakah, kebaikan dan amalan... .

Aktifkan talian kita dengan Allah melalui solat





♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Sabtu, 10 November 2012

CikMa tergolek? Ish! Ish! Ish!

 
 
Minggu terakhir persekolahan adalah minggu yang sangat padat.

Isnin hingga Rabu, CikMa sepatutnya hadir Kursus PBS Tingkatan 2 bagi subjek Pendidikan Islam.

Kursus Penataran PBS Pendidikan Islam Tingkatan 2


Namun, Selasa petang CikMa kena pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri WPKL untuk menghadiri Seminar Inovasi.

Seminar Inovasi sempena Hari Inovasi


Sebelah malam , CikMa dijemput ke Radio IKIM.fm sembang-sembang Slot Ekspresi Remaja bersama-sama DJ Faiz Hj. Othman.

Rabu, CikMa ke Hotel Putra, ada Bengkel Pengurusan Akademik untuk Guru Cemerlang.

Bersama-sama Pengetua Cemerlang,  Pn. Syamsiah

Padat.
Tak dapat CikMa bayangkan andai tiada lesen memandu. Tentu tak kena 'buli' macam ni kan....

Khamis, CikMa ke sekolah seperti biasa. Mengeluarkan barang-barang dari surau (surau sedang diubahsuai ) dan mengemas Bilik Pendidikan Islam. Alhamdulillah ada anak-anak murid yang hadir untuk membantu.



Jumaat, CikMa ke Jabatan Pelajaran Negeri WPKL, ada Taklimat Pengurusan Dakwah untuk Ketua Panitia.


Petang Jumaat,  terus ikut bos ke Lumut.. dapatlah CikMa golek-golek selepas mengharung hari-hari yang padat... .
Alhamdulillah

Bilik yang luas dan selesa @ Marina Island Pangkor Resort

Tenangnya jiwaku ini :)

Minggu depan , mula sibuk lagi. 

Sekarang, kita cas dulu apa-apa yang patut, ok!



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 9 November 2012

Video CikMa @Ikim.fm

 
 
Jika anda tidak berkesempatan mendengar CikMa di Ikim.fm tempoh hari, abang CikMa yang baik hati lagi budiman itu telah merakamkannya... 
 
Kredit to  Mr. Raime Amin terima kasih banyak, ya Pak Uda !

Sambil mendengar tu, jom tengok macam mana DJ Faiz  bertugas di konti. 

Pasti menarik!




        IKIMfm pilihan kami... Terbaikkkkk :)



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 8 November 2012

Terus Berbakti, Selagi Belum Mati!

 
 
Cuti sekolah bermula. 
 
CikMa masih menunggu keputusan berpindah sekolah. 
Memandangkan CikMa mengisi borang permohonan secara manual, ( GC, Guru Kanan, PK, isi secara manual) maka, keputusan masih belum diterima. 

Jauh di sudut hati, rasa sayang nak tinggalkan sekolah. Sejak posting pada tahun 2003 yang lampau, inilah sekolah tempat CikMa berkhidmat. 
 
Allah Maha Penyayang.
Walaupun CikMa 'sebatang kara' di sekolah, yang mengajar murid Islam dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, CikMa bersyukur kerana banyak perkara yang dapat dilaksanakan dengan jayanya. 
 
Setiap program yang CikMa anjurkan, semuanya berjalan lancar. Pihak pentadbir, rakan guru dan anak-anak murid semuanya bersama-sama dengan CikMa. Walaupun semua murid lelaki, namun, mampu CikMa hadapi.
Syukur Alhamdulillah!
 
CikMa teringat sewaktu Ramadhan lalu, Allah yang bantu CikMa menjalankan Program Ihya' Ramadhan sepanjang bulan tersebut. Besar program bererti banyak wang yang diperlukan. CikMa kuatkan hati dan  Allah SWT yang Maha Berkuasa membantu CikMa. 3 hari, RM3000 berjaya CikMa kumpulkan secara solo! 
Allahu Akbar!
 
Setelah berkhidmat di sekolah selama 10 tahun ini, ada sesuatu yang besar sedang  CikMa usahakan. Naik taraf surau. 
 
 
Allah yang Maha Penyayang tetap bersama-sama CikMa. 
Setakat ini, CikMa sudah berjaya mengumpulkan sebanyak RM6000, secara solo dan berbaki hanya RM2000 untuk mencapai target!
Mudah-mudahan, adalah rezeki lagi.
 
  Jika anda ingin menyumbang, amatlah CikMa alu-alukan...
Sumbangkan sedikit harta dunia, untuk saham akhirat. Walaupun hanya RM1, besar nilainya di sisi Allah. Amin...

MARYATI MOHD AMIN
MAYBANK : 164548059224
 
Seandainya CikMa berpindahsurau itulah menjadi kenangan terindah.
 Walaupun selepas ini bukan  CikMa pengunjungnya, CikMa redha kerana biarlah CikMa terus berbakti, selagi belum mati!
 
Ya Allah, kuatkanlah hati ini menghadapi perpisahan, jika itu ketentuan!
 
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Isnin, 5 November 2012

CikMa Ke Udara Lagi @Ikim.fm

 
 
Menjejakkan kaki ke konti Radio Ikim.fm lima bulan yang lalu, memberikan satu pengalaman yang mahal buat CikMa. Berbual secara langsung ke udara, bukan sahaja  sangat mendebarkan hati malah mewujudkan  momen yang sangat mengujakan.
 
 
 
CikMa lihat sendiri bagaimana DJ menjalankan tugasnya sendirian di konti. Bercakap dengan penuh gaya dan senyuman walaupun hanya suara yang kedengaran. Jari-jari mereka begitu cekap, sekejap menekan butang itu, sekejap menekan butang ini,  bagi memastikan semuanya lancar.
 
Mata mereka sekejap memandang ke paparan monitor, sekejap memandang ke telefon dan mula berinteraksi.
 
Mereka bersuara tanpa skrip, dengan nada yang sesuai panjang pendeknya, dan memainkan lagu latar untuk menarik nafas dan menelan air liur sambil menyusun terus kata-kata di minda.
 
Masya-Allah, hebat dan sangat menarik!
 

Mengendalikan segala macam peralatan secara solo, suatu cabaran

Bersama-sama DJ Faiz Hj. Othman yang ceria sokmo :)
 
 
Dan untuk kali kedua, CikMa akan ke udara lagi. Sudi-sudilah dengar, ya!
 
 
Ikim.fm
Hari : Selasa, 6 November 2012
 
Masa: 10 - 11 malam
 
 
 
Atau dengar secara atas talian :
 
http://www.ikimfm.my/ikimfm/
 
 
Doakan CikMa sukses ok!
 
 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 1 November 2012

Realiti Royalti dan Saham Akhirat

 
 
Kesempatan berjumpa dengan penulis yang sedang menempa nama, iaitu Al-Fadhil Ustaz Rohidzir Rais, penulis Ensiklopedia Solat tidak CikMa sia-siakan.

Ketika sesi soal jawab, CikMa mengambil kesempatan untuk bertanya. Sebanyak enam soalan yang CikMa ajukan, berkait dengan dirinya sebagai seorang penulis.
 

Sedondon kebetulan, ambil aura dulu :)


Soalan CikMa ialah : 

  1. Secara jujurnya, pernahkah ustaz menyertai sebarang bengkel penulisan?
    Jawapan: Tidak. Pada awalnya saya hanya terlibat dengan aktiviti penterjemahan sahaja.

    2. Berapa lamakah sesebuah buku dapat dihasilkan?
    Jawapan: Bergantung, ada yang cepat , ada yang lambat. Paling cepat dua minggu iaitu buku Khutbah Rasulullah SAW. Paling lambat dua tahun.

    3. Bilakah waktu ustaz berkarya?
    Jawapan: Tidak menentu, tapi yang pasti, ketika sedang belajar, saya tidak pernah menulis sebaliknya hanya menumpukan perhatian.

    4. Setelah lebih 40 buah buku yang berjaya ustaz hasilkan, penerbit yang manakah yang terbaik dan menjadi pilihan ustaz?
     Jawapan: PTS. PTS merupakan penerbit yang sangat jujur, alhamdulillah. Royalti 7-11% dari harga buku dan nama penulis dicetak pada hak cipta terpelihara tidak seperti sesetengah penerbit.

    5. Sepanjang menjadi penulis, apakah pengalaman paling PAHIT yang pernah ustaz lalui?
    Jawapan: Ditipu. Dalam penulisan sebuah buku saya , nama saya tidak dicetak pada muka hadapan, malah terdapat dua nama penulis lain yang langsung tidak terlibat dalam penulisan, turut ada di situ. Sedangkan saya bertungkus-lumus menyiapkan buku tersebut dan itulah buku terbaik yang pernah saya tulis.

    6. Apa pula pengalaman yang paling MANIS sepanjang menjadi seorang penulis?

    Jawapan: 1. Perbelanjaan perkahwinan saya , sebanyak RM10 ribu adalah dari wang penterjemahan dan penulisan buku. 

    2. Anak-anak saya dibesarkan dengan wang royalti buku, alhamdulillah berkat, anak-anak dapat membaca dan menulis  serta belajar dengan cepat.

    3. Dapat bertemu dengan pembaca-pembaca buku yang saya tulis, juga menjadi pengalaman yang paling manis buat saya.

    Wah, dah jadi macam wartawan pula CikMa >.<
     
    Semua peserta Seminar Dakwah Bil Hal Rasulullah SAW yang hadir di Jabatan Pelajaran Negeri WPKL semalam telah menerima ole-ole  buku Khutbah Rasulullah SAW yang ditulis oleh  Ustaz Rohidzir Rais. Seronok sangat, alhamdulillah

    Buku percuma, alhamdulillah :)


    Menurut beliau, buku tersebut telah dicetak sebanyak 25 ribu naskhah, dan akan ulang cetak. Agak-agak, royaltinya mencecah RM50 ribu?  Belum kira saham akhirat lagi, Masya-Allah


    Bergambar kenang-kenangan

    Eh! Keterujaan maksima ni! 
    Doakan CikMa  sukses ya... .

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥