Khamis, 28 Julai 2011

Tutup Lompang Diri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Terasa bagai dikejar. Sempatkah??

Manusia pastinya tak lari daripada dirundung masalah. Masalah yang bersangkutan dengan kehidupan. Sini baik, sana jahat. Kita redha, sana mendesak. Hati lega, sana gundah. Kita jumpa, sana berpisah. Sini rindu, sana meluat. Ada yang hilang, sana pula bertambah. Itulah lumrah. 

Keimanan sentiasa diduga. Di manakah tahapnya sekarang? Asyik kita terleka mengukur tahap pencapaian dunia, ada  rukun iman yang tanpa disengaja kita nafikan. Beriman kepada QADA' dan QADAR.

Teman, selagi ada nyawa, marilah kita baiki lompang diri.  Muhasabah diri dan kembali kepada fitrah kejadian. Kita datang dari-Nya, dan kepada-Nya jua kita kembali. Ayuh mohon ampun atas dosa-dosa silam, moga-moga keampunan itu memudahkan perjalanan kita seterusnya... amin....



nota kaki: ... Allah itu Maha Pengampun....



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 27 Julai 2011

Mari Berselawat....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Tengah aku 'godek-godek' You Tube Downloader ni, akhirnya dapat juga aku muat turun satu selawat daripada kumpulan Nowseeheart... memang mendamaikan jiwa... jom dengar dan mari berselawat bersama-sama....



nota kaki: hingga hujung nyawa Baginda masih ingat akan kita umatnya....Jadi, marilah 
                   banyakkan  selawat ke atas nabi SAW...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Selasa, 26 Julai 2011

Mawaddah 7 Tahun...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua....

Kami menyambut hari lahir Mawaddah setiap tahun bermula usianya mencecah 2 tahun. Selain berkongsi kegembiraan yang Mawaddah satu-satunya cahaya mata kami setakat ini, sambutan hari lahirnya menjadikan ukhuwwah persaudaraan dan persahabatan dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai semakin kukuh. Bersembang, bertanya khabar sambil menjamu selera, benar-benar menjadikan detik itu sesuatu yang amat berkualiti dalam hidup. Riuh-rendah suasana menghilangkan kepenatan bekerja sehari-hari. Gembira dapat meluangkan masa bersama-sama orang tersayang.Di sini aku ingin kongsikan detik kenangan  yang sempat dirakam ketika  menyambut Hari Lahir Mawaddah yang ke tujuh tahun baru-baru ini...
Mawaddah di samping sepupu dan teman-teman

Membungkus 'party pack' untuk kanak-kanak: ini acara wajib




Chocolate moist cake: air tangan Pak Long... sedap tauuu...


Bacaan doa kesyukuran oleh abah...


Geng tengok bola: Malaysia vs Liverpool








Seronok masa sesi buka hadiah...

Solat berjemaah, melentur buluh...


Mereka bermain bola beracun pula...sedang si ibu sibuk...
..... menjamu mata  tengok baju raya...
Sambung dengan pesta makan durian ...

Akhirnya, si Adib  yang tolong umi menyapu sampah.... Boleh harap juga anak bujang sorang nih


Begitulah saban tahun... dalam satu hari, macam-macam aktiviti yang dapat dilakukan ketika berjumpa sanak saudara  semasa sambutan hari lahir Mawaddah... Yang pasti, semuanya gembira pada hari itu....

Ummi berharap, Mawaddah akan jadi anak solehah yang dikasihi Allah SWT....Amin...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Selasa, 19 Julai 2011

Why Men Don't Listen ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua...

Semakin hari aku meniti kehidupan yang semakin sibuk. Aku kira semua orang juga begitu. Kerja-kerja sekolah dan  kerja-kerja rumahtangga, tetap dipikul sedaya mampu. Di celah-celah kesibukan itu, aku cuba mencuri waktu untuk membeli dan membaca sebuah buku dan tidak kusangka-sangka, buku itu amat menghiburkan , mencuit hati dan mewarnai puing-puing kehidupanku..... 

Walaupun aku baru membaca sehingga halaman 99 daripada 311 halaman, banyak sungguh informasi yang aku dapat. Sekalung tahniah kepada penulis : Allan dan Barbara Pease yang menulis buku Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps terbitan PTS Millenia. 


Kenapa perempuan selalu tidak perasan isyarat blink blink tangki minyak kereta yang kian kosong walaupun ianya  terletak di dashboard kereta depan matanya? Tetapi, stokin yang tersorok di bawah almari boleh pula dia nampak??

Kenapa lelaki selalu tidak jumpa  bekas mentega di dalam peti ais yang terhad ruangannya? Tetapi, sangat mahir perihal arah jalan walaupun melihat kepada peta yang bersimpang- siur .


Rupa-rupanya , perempuan mempunyai penglihatan periferi yang lebih luas ditambah dengan hormon estrogen sehingga membantunya mengesan situasi dengan efektif.Perempuan mampu mencari barang di dalam peti ais tanpa menggerakkan kepalanya!

Manakala kajian menunjukkan, lelaki mencari perkataan M-E-N-T-E-G-A apabila mencari makanan itu di dalam peti ais! Patutlah.... heheheh...


Buku ini bukan sekadar menceritakan hal lelaki dan wanita yang sangat berbeza, malah menjelaskan banyak fakta dan penemuan sains  tentang dua gender ini secara menyeluruh.Bukanlah ianya bertujuan menjarakkan hubungan tetapi menjadikan kita lebih memahami situasi sebenar dalam kehidupan.Lebih-lebih lagi dalam rumahtangga.


Semakin kubaca, semakin kufahami diri sendiri sebagai seorang perempuan.... 


Jom baca!


nota kaki: Membaca budaya bangsa berjaya!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Isnin, 11 Julai 2011

Kempen Amalan Hijau

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Minggu ni semua orang bercakap tentang BERSIH.Semua kena BERSIH.Aku pun ada cerita bab-bab BERSIH ni, cuma ruang lingkupnya kecil sahaja.

Suatu hari, aku ternampak pekerja yang mengutip sampah mengirai-ngirai sampah-sarap yang dicampakkan ke dalam lori sampah. Hairan juga aku, mengapa nak dilambakkan lagi sampah yang sedia ada dalam lori tu?! Setelah dalam 10 minit aku perhatikan dari tingkap bilik atas, barulah kutahu, rupa-rupanya mereka sedang mengasingkan sisa makanan dengan botol, tin dan bekas-bekas plastik yang bercampur ketika dibuang. Seterusnya, mungkin bahan-bahan buangan tersebut dijual untuk dikitar semula. Duit hasil jualan bahan tersebut mugkin dibahagikan sama rata antara pekerja-pekerja yang bertugas hari itu. 

Tersentuh juga hatiku. Selama ini, kita buang sampah sesedap rasa sahaja. Sisa makanan, tin susu, tin sardin, botol mineral ,botol sos, kotak-kotak semuanya bercampur. Mungkin bagi kita semua yang dibuang itu sampah namun, ianya bermakna kepada mereka yang kurang mampu....walaupun mereka hanya mendapat RM3 dengan menjual bahan-bahan tersebut, lepas juga mereka makan untuk tengah hari itu.

Apa kata selepas ini, mari kita pakat-pakat asingkan sampah atau bahan terpakai di rumah. Perubahan yang kecil, mampu memberikan impak yang besar, kepada orang lain mahupun kepada alam ini....

Asingkan : kotak, kertas, botol dan tin 




nota kaki: jangan lupa asingkan tau...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Ahad, 10 Julai 2011

Doa Elak Sedih, Malas dan Sekutunya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Anda rasa gelisah? Malas? Sedih? Lemah?Takut? Kedekut? Ditindas orang? Risaukan hutang? Nah... inilah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita.... Jika anda beramal dengan penuh yakin dan memahami maksudnya, Insya-Allah,  pastinya hari-hari anda bebas daripada sifat malas dan sekutunya .....


Maksudnya: Ya Allah ya tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh-kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.


nota kaki: Ajaran Rasulullah SAW sememangnya bermanfaat.....

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 6 Julai 2011

Usahawan Muda

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Kisah Hari Terbuka sekolah Mawaddah lagi.

Selepas bertemu dengan guru kelas Mawaddah, aku membawa Mawaddah pulang ke rumah.Sebelum itu , sempat lagi kami 'membeli -belah' di dewan terbuka .Seronok melihat keletah murid-murid berniaga. Dari barangan terpakai , hinggalah Tupperware , turut dijual. Jom kita tengok apa lagi yang ada....

Buku cerita dan komik    


Wow, mainan pun ada...

Komik  dan sticker

Getah rambut dan teddy bear...
Mawaddah jadi rambang mata...
Warna-warni .. mujur 'Si MakAdib ' takde... hehehe
Tupperware sah-sah lah cikgu yang taukeh kan... heheh

Masa nak balik, tiba-tiba terdengar, " Cik, beli cik, murah-murah.... " Aku pun boronglah.... majalah Kuntum 50 sen je dan Saji RM1...Tersenyum lebar adik yang tengah tu, laris jualannya....



Tahniah aku ucapkan kat cikgu-cikgu sekolah Mawaddah sebab kreatif buat aktiviti jualan ni... sekurang-kurangnya , murid-murid tak 'bersepah' dan dapat juga menambah tabung kelas masing-masing......

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Datanglah....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua...

Masih tidak habis lagi cerita kisah Hari Terbuka di sekolah Mawaddah 1 Julai 2011 yang lalu...

Pagi itu, saya  lihat kawasan sekolah penuh sesak dengan kenderaan ibu bapa. Ini bermakna majoriti ibu bapa mengambil berat akan pelajaran anak-anak. Seboleh-bolehnya pasti ingin hadir walaupun sekejap. Saya teringat pakar motivasi terkemuka iaitu Dr. Stephen R. Cover  yang menulis buku The 7 Habits of Effective People mengatakan beliau tidak pernah gagal untuk menghadiri sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah anaknya. Mungkin kita perlu mencontohi beliau dalam hal ini.Kehadiran ibu bapa memberi kesan yang mendalam dalam jiwa anak-anak dan secara tidak langsung menunjukkan ibu bapa memberi komitmen kepada pihak sekolah dalam mencapai kecemerlangan murid-murid.


Laluan sesak seketika...

Sambutan Hari Penyampaian Hadiah, Hari Terbuka, Mesyuarat Agung PIBG contohnya, selalu mendapat kehadiran yang memberansangkan daripada ibu bapa ketika anak-anak di sekolah tadika dan sekolah rendah.Apabila Hari Sukan, satu keluarga turun padang siap berpayung berpanas untuk memberi sokongan kepada si anak. Sewaktu Hari Penyampaian Hadiah, sempat merakam video sebagai kenang-kenangan, untuk ditunjuk kepada nenek dan datuk walaupun   si anak hanya membuat persembahan. Namun, senario ini berbeza apabila anak melangkah ke sekolah menengah. 

Persoalannya:
  • Mengapakah ibu bapa sudah tidak berminat untuk hadir ke majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah menengah??
  • Apakah ibu bapa beranggapan bahawa anak-anak mereka sudah besar dan tidak memerlukan kehadiran ibu bapanya ke sekolah??
  • Adakah ibu bapa mengutamakan soal kerja daripada pendidikan anak-anak??
Kesannya:
  • Kita boleh lihat kebanyakan masalah sosial bermula di sekolah menengah. Merempit, merogol, memeras ugut , buli , ponteng dan seumpamanya , banyak terjadi dalam kalangan remaja.
Puncanya mungkin banyak tetapi salah satu yang utama ialah PERHATIAN IBU BAPA. Selalunya mereka yang bermasalah disiplin  memang kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa.

Oleh itu, saya menyeru diri saya sendiri dan rakan-rakan semua , janganlah kita terlepas pandang akan tarikh-tarikh aktiviti penting di sekolah anak-anak.Hadirlah, berilah sokongan kepada anak anda kerana walau berapapun umurnya, anak  tetap anak , dan ibu ayah tetap ibu ayah!

nota kaki: usahlah berubah....


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

1 Murid 1 Sukan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....
Salam sejahtera buat semua...

Pada hari Sabtu,  2 Julai 2011  , semua sekolah mengadakan Program 1Murid 1Sukan....Jadi, tidak terkecuali sekolah saya pun terlibat sama... Bagus juga aktiviti ini, sekurang-kurangnya  peluh yang keluar membuatkan murid-murid saya lebih sihat... Saya kongsikan gambar yang sempat dirakam buat kenang-kenangan...


Ucapan En. Kamal (PK KOKO)


Selepas acara larian, murid-murid menyertai pelbagai  pertandingan seperti Pertandingan Catur, Bola Keranjang dan Futsal.






Pertandingan Hoki


Pertandingan Bola Keranjang







Pertandingan Catur










    Pertandingan Futsal.. ada stail lah!
 
Sampai tertanggal kasut... hehehe

     Ada gayalah...


En. Umar sedang memberi penerangan..
 

 
Tetap bertugas walaupun terpaksa bawa anak... (kerja hari Sabtu katakan.. ;) )

Demikianlah serba sedikit aktiviti pada hari 1 Murid 1 Sukan...Semoga murid-murid cikgu/ustazah   dapat mengisi ruang waktu  senggang dengan bersukan dan menghindarkan diri daripada gejala yang tidak sihat.... ok!

























































♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Ahad, 3 Julai 2011

Mama Oh Mama!

السلام عليكم عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua....

Hari yang panjang.

Aku mendapat pengalaman baru.Kali pertama mengambil 'report card' anak dengan perasaan berdebar-debar.

Ketika beratur menunggu giliran, aku terdengar satu suara kecil dari tingkap kelas Mawaddah.

" Mama, mana mama ni....  oh .. mama kerja..."

Hatiku bagai disagat.Aku berpaling. Seorang murid lelaki meninjau-ninjau ke luar dari tempat duduknya.

Mana mama ni....

Dia mengulangi kata-katanya tadi.Aku tersenyum memandang.Dia tersipu-sipu. Dalam hati ,aku berdoa dan berharap mamanya akan muncul seketika nanti.

Lebih kurang 15 minit kemudian, tiba-tiba anak itu  meluru keluar lantas memeluk mama yang ditunggu. Dialah yang sangat mengharap hadirnya mama dan papa. Tatkala itu, hatiku tidak berhenti mengucap tahmid kepada Ilahi. Syukurlah! Jika tidak, hatiku akan terus disagat bila terkenang kata-katanya: 

"Mama, mana mama ni.. oh, mama kerja...."

nota kaki: sendiri mau faham ya......

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥