Isnin, 31 Oktober 2011

Surat Untuk En. Mat Gebu



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....

Menemui En. Mat Gebu yang saya hormati, semoga sejahtera selalu hendaknya.

En. Mat, saya seorang isteri , guru dan ibu kepada seorang anak perempuan berumur 7 tahun. November ini, genaplah setahun kami sekeluarga tinggal di rumah sendiri. Sebelum ini, kami bertiga tinggal bersama-sama dengan bonda saya memandangkan ayah  telah kembali ke rahmatullah.

Tinggal dengan bonda, bondalah ketua chef. Jadi , bakat memasak yang tak berapa nak ada pada saya ni,  terendam sahajalah  sementelah saya penat bekerja dan memang tak pandai memasak.Almaklum dulu tinggal di asrama dan anak bongsu katakan.... Jadi semua tugas di dapur, bondalah yang uruskan....

Pada November 2010,  saya berpindah tinggal berdikari memandangkan rumah kami telah siap sepenuhnya....Bonda pula ditemani abang saya yang budiman dan isterinya serta bayi mereka yang comel ....

Dapur asal telah diubahsuai, menjadikannya lapang dan selesa malah suami  telah melengkapkannya dengan segala keperluan memasak, dari sudu hinggalah ke periuk belanga. Sewaktu sibuk berpindah, dia ada beri ucapan pendahuluan yang simple. Katanya:  "dapur dah buat mahal-mahal ni, jangan tak masak pulak..." Saya tersengih je lahhh.....

Namun, bulan pertama kami asyik makan di luar sahaja.. Memandangkan tempat kerja saya jauh dari rumah, dan tiba hampir jam 8 malam setiap hari, makanya keraplah masakan orang lain yang masuk ke perut...sampai naik muak juga bila makan di luar...

Setiap kali mahu memasak, saya akan menghubungi bonda dan kakak untuk bertanyakan resepi dan cara.Aduhai, rasa menyesal pun timbul sebab tak mahu belajar lebih awal....Sehinggalah suatu hari , kakak ipar saya memperkenalkan blog En Mat kepada saya. "Bukalah Mat Gebu!" Terbeliak biji mata saya , biar benar kakak aku ni... apa gebu-gebu pulak nih. Saya ambil tak endah sahaja....Dan seperti biasa , menggunakan cara tradisonal untuk belajar memasak, saya sibuk bertanya bonda , kakak dan kawan-kawan di sekolah .....Saya pun memasak gitu-gitu je lah....

Lama-kelamaan , saya sendiri naik bosan dengan masakan sendiri. Balik-balik menu yang sama sahaja. Suami sangat baik hati,tidak pernah komplen, walaupun saya masak tak sedap. huhuhu

Suatu hari , saya outstation (cikgu pun ada outstation tau....) Bertemu dengan rakan senior,membuatkan saya teruja. Dia memberitahu saya, setiap minggu dia akan mencetak beberapa resipi dari DTS En. Mat dan menampalnya di peti ais. Jadi, hari-harinya lancar dan tak perlu pening kepala nak masak apa.Masya-Allah! Betul-betul mengujakan.

Sejak hari itu, setiap hari saya akan membuka blog En. Mat, blog saya sendiri pun saya tak buka hari-hari: blog sendu katakan... heheheh

Saya berterima kasih sangat kepada En.Mat, walaupun En. Mat dah bertaraf antarabangsa, namun resepi yang asas tetap tak dilupa dan sangat-sangat membantu terutama untuk 'feremfuan' macam saya yang baru nak pegang periuk dan senduk ni ha...Terima kasih ya, En Mat....

Setiap kali  masa makan, saya akan memberitahu suami,masakan ini saya belajar dengan Mat Gebu. Dia memandang saya, agak hairan. Siapa pula yang gebu-gebu ni... (agaknyalah dia fikir macam tu sama macam saya fikir mula-mula dulu) Selepas melihat masakan saya semakin menjadi-jadi, dia pun dah makin seronok , penuh peti ais saya dia beli segala lauk -pauk, udang,ikan, ayam , sotong, daging, ikan paus je takde.... ngeh ngeh ngeh....

Cuma mana-mana bahan yang tiada dalam stok, saya ganti dengan doa dan zikir supaya masakan sedap dimakan.... (aci tak macam tu??)

Suatu hari  saya masak kuey teow goreng,resipi yang saya belajar daripada En Mat  dan untuk pengetahuan En. Mat, inilah kali pertama dalam hidup saya masak kuey teow ni...(pengakuan berani lagi ikhlas ni) dan alhamdulillah menjadi pulak tu... Bertambah-tambah suami dan anak makan....Puas hati saya.... :)
Cili merah takde, saya ganti tomato :)


 Hari lain, saya cuba masak udang masak paprik. Masya-Allah ... anak saya kata macam makan kat kedai... hui.. kembang kempis hidung saya ni En. Mat!! Licin kami 3 beranak makan.... Alhamdulillah..

Ni pun resepi baru pertama kali cuba seumur hidup ...;)

Jadi, saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat En. Mat Gebu kerana menjadi cikgu memasak atas talian... Banyak pahalanya!

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


 Sekian dahulu daripada saya, semoga berjumpa lagi di lain lembaran... Terima kasih En. Mat... :)

nota kaki: ...pertama kali hantar surat siap attach gambar! lalala



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 26 Oktober 2011

Kiri Lain Kanan Lain

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...


Kisahnya, kereta selang sebuah di depan dah habis kredit Touch n Go.. Di belakang, kereta bersusun macam buku kat rak buku..Hari dah makin gelap.Payah kalau nak reverse nih!

Dengan perasaan berdebar-debar(sebab baru first time  buat kerja nih), aku pun bergegas turun  dari kereta, menuju ke mesin imbas di depan dan leretkan kad Touch n Go milikku. Pemandu perempuan itu menghulurkan duit namun aku menolak dan cepat -cepat kembali ke keretaku.

Tiba-tiba aku terasa tubuhku tidak stabil dan cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta.Aku lihat ke bawah. Masya-Allah.....

Rupa-rupanya, sebab nak cepat dan berdebar punya pasal, aku dah sarung sebelah kanan kasut tinggi, sebelah kira sandal leper! Hahahaha.. macamana aku boleh tak perasan  masa keluar tadi?

Foto Ihsan daripada En. Google

Aku harap pemandu lain tak sedar akan hal itu dan lepas ni aku takkan letak dua pasang kasut di lantai kereta bahagian  pemandu!! Tobat makcik!Huhuhu



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Isteriku, di mana setiamu?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Bertemu kenalan lama tempoh hari meyakinkanku, memang ada isteri yang curang. Bukan suami sahaja yang bermata keranjang, tetapi kaum hawa yang mempunyai nafsu juga tidak terlepas digoda syaitan laknatullah.

Isterinya pernah berkahwin, mempunyai anak, kemudian bercerai. Dia berkahwin lagi, mempunyai anak, kemudian bercerai lagi. Kini, dia  berkahwin untuk kesekian kalinya.

Namun, kali ini,si isteri memohon perceraian.  Hatinya terpaut kepada lelaki lain sedangkan dia baharu sahaja bernikah dengan lelaki pilihannya. Masya-Allah.....

Rasa tidak puas hati  dengan suami, kurang perhatian, kurang pemberian , membuatkan kasihnya berkurang.Diam-diam, mata melihat yang lebih, lalu hati tertaut pada yang lain.Arghhh!

Istighfarlah banyak-banyak..... Mata terkadang menipu... Hati selalu lalai.

Banyak sungguh masalahnya. Serba tak kena. Sudahnya, air mata menjadi teman setia.Namun bagiku, masalah memang menduga, tetapi jika mencipta masalah sendiri, memang bermasalah tak sudah.Masalah tidak akan  habis.

Rasa hati, memang Allah sahaja yang tahu selagi kita tidak menzahirkannya kepada manusia. Jangan lupa, Allah berhak membalas amalan kita sama ada yang baik atau sebaliknya. Maka , berhati-hatilah dengan perasaan yang tidak patut-patut itu....

Kepada semua isteri di luar sana...mari renungkan hadis baginda SAW mengenai betapa besarnya tanggungjawab isteri dalam mentaati suami : 

"Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Nota kaki: ... umur kian meningkat, sendiri mau ingat....

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 20 Oktober 2011

Belajar Jawi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua...

Seronok belajar dan mengajar jawi ni. Yang penting kena tahu asasnya dan hafaz huruf-huruf jawi.

Huruf ء kena duduk sorang-sorang tak boleh campur dengan huruf lain.
Huruf  va *ا  د  ذ ر ز و ة  ى       pula tidak boleh  disambung di depan.

* ya maksurah

Manakala selain daripada 10 huruf di atas, kita boleh menyambungnya sama ada di depan atau di belakang.

Contohnya huruf  م dan ه, ia boleh disambung sama ada di depan atau di belakang.

Anak murid saya tulis, macam nak runtuh rumah dia....:)

Kadang-kadang lucu juga sewaktu  mengajar jawi ni. Lihat sahaja gambar di atas, serasanya macam nak runtuh rumahnya apabila saya minta Asyraf menyambung huruf م dengan ه.

Nota kaki: Yang mengajar seronok, yang belajar apatah lagi....

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 19 Oktober 2011

Ucapan ' Anak Sampah '

السلام عليكم ورحمة الله وربكاته...
Salam sejahtera buat semua...

Tidak cukup dengan  kes bayi yang dibuang dari tingkat dua,kita dikejutkan pula dengan kes bayi yang dikelar oleh ibunya yang berumur 16 tahun di sebuah asrama sehingga mati.  Tak habis-habis dengan kisah tragis bayi luar nikah yang malang.

Jika ikut hati , rasa nak campak  ibu yang mencampak anaknya itu. Tidak perlu tinggi-tinggi, biar sama juga , dari tingkat dua.Apa rasanya?!

Jika ikut hati, rasa nak kelar ibu yang mengelar anaknya itu. Tidak perlu pisau lain, biar sama juga, pisau sayur sepanjang 15cm . Apa rasanya?!

Beberapa tahun yang lalu, saya mendengar ucapan seorang lelaki melalui corong radio sempena hari ibu.Lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Ucapannya , lain daripada yang lain, membuatkan hati saya hiba lalu mengalir air mata.Beginilah inti pati dialog yang masih saya ingat.

"Silakan memberi ucapan En. Ahmad (bukan nama sebenar)", DJ memberi laluan.Seperti biasa DJ yang bertugas ceria menerima panggilan daripada pendengar.

"Saya tidak pernah bertemu dengan ibu kandung saya. Kini, saya sudahpun bekerja, berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.Selama ini saya dipelihara oleh keluarga angkat. Sebelum berkahwin, saya ada bertanya kepada ibu angkat saya tentang latar belakang diri saya. Kalaulah mereka tahu siapa ibu dan keluarga kandung saya, mahu saja saya menjemput mereka untuk menghadiri majlis perkahwinan saya nanti." Tenang saja pemanggil itu .

"Lalu dengan berat hati, ibu angkat saya memberitahu, sebenarnya mereka memungut saya  daripada TONG SAMPAH! Ibu angkat memeluk saya erat dan meminta saya bersabar dan bersyukur dengan nikmat yang datang. Sungguh saya terkejut yang amat sangat! Jadi, saya ini ANAK TONG SAMPAH!!"


Ketika itu, DJ seakan terkedu, terkejut kerana menerima panggilan yang berbeza  daripada sebelumnya."Teruskan En. Ahmad". Sebak kedengaran suara DJ itu.

Aku menguatkan 'volume' radio.
"Emak, sekiranya emak mendengar suara saya ini, yang emak lahirkan 25 tahun yang lalu, kerana nafsu zina emak...saya ingin sekali bertanya, kenapa emak buangkan saya ke dalam tong sampah?? Dosa emak, janganlah palitkan ke diri saya ,mak... Saya tidak kenal emak tapi saya membawa malu emak kerana saya anak tong sampah."

"Kenapa mak tak letak saja saya di tangga masjid, atau di tepi surau. Sekurang-kurangnya mulia sedikit saya ini daripada emak. Emak buang saya, hina betul saya mak. Tong sampah yang kotor dan busuk. Ya Allah..." 

DJ terdiam. Suara lelaki tadi tertahan-tahan. Sepertinya sebak menahan tangis. Aku? Berjurai-jurai air mata , tak hirau kereta dan motorsikal di kiri kanan yang memandang.

"Emak, kalau emak masih hidup, saya nak emak dengar ucapan saya sempena hari ibu ini. Emak, terima kasih kerana melahirkan saya tetapi, saya akan dakwa emak di akhirat kelak. Saya takkan maafkan emak atas perbuatan hina emak itu. Saya tidak minta dilahirkan ke dunia, tetapi emak telah menjadikan saya anak yang hina.Bertaubatlah atas dosa-dosa yang emak lakukan." Dia menyudahkan percakapan.

DJ meminta En Ahmad bersabar atas dugaan, malah bersyukur kerana mendapat keluarga angkat dan isteri yang memahami.DJ membuat rumusan yang terbaik.

Begitulah kisahnya..... seharian itu, hati saya pilu mengenangkan nasib anak-anak malang yang dibuang ke dalam tong sampah....

Nota kaki: ..tak mampu berkata-kata lagi....




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 13 Oktober 2011

Solat Hajat 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua..

Bercerita tentang Air Yasin dalam entri sebelum ini, saya pun nak berceritalah tentang Program Solat Hajat 2011 yang telah dilaksanakan pada 30 September 2011 yang lalu. Yang menariknya, kali ini kami mengadakannya di dewan terbuka. Sebelum ini kami hanya buat di dewan tertutup sahaja. Seronok juga buat di dewan terbuka , kitaran udara nyaman dan tidak perlu mengeluarkan meja kerusi seperti selalu.

Lega hati ustazah dapat murid yang ringan tulang....

Penceramah jemputan yang merangkap pengendali majlis kali ini ialah Imam Muda Miril...Seronok sungguh murid-murid dapat berjumpa dengan Imam Muda...hanya enam orang sahaja murid yang tidak hadir, itupun ketidakhadiran bersebab. 


Berbaloi ustazah jemput Imam Muda Miril , bukan sahaja suaranya sedap tatkala mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran malah ceramahnya juga padat dan lengkap isinya sehingga semua hadirin tekun mendengar ceramahnya.



Selain Solat Hajat dan Bacaan Surah Yasin,YDP PIBG iaitu En. Sam Abdul Mutalib turut memberi amanat kepada semua calon yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun 2011. Pada malam tersebut,  semua calon PMR dan SPM  menerima satu set alat tulis dan sebotol Air Yasin sebagai sokongan dan motivasi menempuh hari penting dalam hidup mereka.


Di kesempatan ini, ustazah ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada calon SPM 2011. Bagi calon PMR yang telah lepas, isikanlah masa yang ada dengan perkara yang berfaedah. Teruskan solat hajat, semoga anda mendapat keputusan yang cemerlang.

Nota kaki: ...... lambat masuk entri takde siapa nak marah.. kan?kan?


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Air Tawar@Jampi@Doa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

UPSR , UPSRA, dan PMR telahpun selesai. SPM pula akan muncul bulan hadapan. Sebagai klimaks usaha untuk menghadapi peperiksaan, Program Solat Hajat pasti  akan diadakan sama ada di peringkat sekolah, jabatan pelajaran mahupun di taman perumahan masing-masing.Satu fenomena biasa yang dilihat ialah air yasin diberi minum kepada anak-anak semasa musim peperiksaan. Biar terang dan tenang hatinya nanti. Menarik!

Mari kita lihat ujian saintis terhadap kesan air yang dibacakan  dengan ayat-ayat Al-Quran.

Menurut Dr. Masaru Emoto yang menulis buku : The True Power of Water, air boleh  'mendengar' kata-kata, 'membaca'  tulisan, dan 'memahami'  pesan serta 'merakam' pesanan seperti perakam magnetik. Semakin kuat konsentrasi pemberi pesan, semakin dalam pesanan tercetak dalam air. Air boleh mengubah  pesanan tadi melalui molekul air yang terbentuk.

Ketika dibacakan doa untuk tujuan rawatan penyakit di depan sebotol air maka terakamlah kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan  seperti gambar di bawah:

Molekul air yang dibacakan doa dan ayat-ayat Al-Quran

Namun, ketika muzik heavy metal diperdengarkan ke atas air tadi, molekul air berbentuk kristal akan hancur.

Molekul air yang diperdengarkan muzik heavy metal
Para saintis membuat kajian ke atas air kerana tertarik dengan cara Nabi Muhammad SAW mengubati penyakit iaitu melalui air yang ditulis dan dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran. Ajaran Islam, meliputi segala isi langit dan bumi.

Allah SWT berfirman: "Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." (Surah Al Anbiya' : ayat 30)

Terbuktilah kesan air doa yang dapat merawat hati manusia , jadi mengapa tunggu hingga musim peperiksaan sahaja?

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan teman-teman pembaca budiman, ayuh kita mulakan dari sekarang. Kita bacakan ayat-ayat Syifa' (penyembuh) Al-Quran atau Surah Yasin  dan jadikan ianya sebagai minuman harian kita seisi keluarga. Alangkah sucinya hati  suami,isteri  dan anak-anak nanti. Masyarakat harmoni bermula dari rumah...

Air Yasin yang sentiasa tersedia di rumah saya...

Nota kaki: ..rawat hatinya bangunlah insan...


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥