Ad Code

Responsive Advertisement

CikMa Mula Rindukan Mereka

 
 
Hari ini, bermulalah cuti sekolah selama seminggu. Lega CikMa. Bukan tak suka ke sekolah, tapi lega kerana dapat meregangkan otot-otot yang lenguh kerana penat menekan pedal minyak dan brek silih berganti. Setiap hari, 35km sehala, dengan sesak di sana sini, bohonglah kalau CikMa cakap tak penat kan.... Namun, penat itu akan hilang sebaik sahaja melihat anak-anak murid CikMa yang pelbagai kerenah itu, di samping teman-teman sejawat yang sangat menyokong perjuangan.

Mujur juga CikMa sudah mahir menyangkut masalah di pagar sekolah.
Alhamdulillah.

Pagi ini, sekonyong-konyong CikMa rindukan sekolah. Rindukan anak-anak murid , yang dari Tingkatan 1 hinggalah ke Tingkatan 5 itu.

Yang Tingkatan 1, ada yang kurus, ada yang montel-montel.Apabila tersenyum , sangat menyenangkan. Kalau ditegur apabila melakukan salah, diam sahaja menunduk wajah.
 
Amali Solat Tingkatan 1
 
Tingkatan 1, senang dibentuk
 

Yang Tingkatan 2, kumpulan paling sedikit, yang selalu menghurung ustazah bagaikan semut berjumpa gula.
 
Tingkatan 2 : Jadikan ustazah seperti gula!
 
Tingkatan 3, yang paling ustazah sayang, kerana sudah 2 tahun dalam bimbingan, tidak banyak kerenah, agak matang dan sedar mereka akan menduduki peperiksaan.
 
Tingakatan 3 : Tekun belajar
Tingkatan 3 yang ringan tulang
 
 
Tingkatan 4 pula, asyik gembira  sahaja. Maklumlah bukan  tahun periksa. Bila berjumpa , ada-ada sahaja ceritanya.

Wakil Tingkatan 4, ceria sentiasa

Yang paling dewasa, murid Tingkatan 5. Ada yang manja, ada yang mengada-ngada. Ustazah memang tak bagi muka. Kalau memuji ustazah, adalah sesuatu yang nak dimintanya. Ada juga yang matang, faham dan mendengar kata... mudah ustazah buat kerja.

Tingkatan 5, mereka yang SPM, ustazah yang runsing!


Semua murid yang ustazah sayang...
 
Mujurlah cuti hanya 9 hari sahaja!


Saya rasa:

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Balasan
    1. ha-a.. seminggu je... harap-harap sempat lah menanda semua kertas ujian. huhu

      Padam

Ada nak komen?Tulis sini ek... :)

Close Menu