Selasa, 29 Mac 2011

Solat Sebagai Terapi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua....


Sudah berapa lamakah kita  mula tekun menunaikan solat? 1 tahun? 5 tahun? 10 tahun?Atau lebih??

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 24 Mac 2011

Ajar Sikit Atau Ajar Banyak??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Sejahtera buat semua....

          Sejak dua tahun lalu, aku mula terlibat dengan program-program anjuran Bahagian Pembangunan Kurikulum , Kementerian Pelajaran Malaysia.Aku rasa bersyukur dan beruntung kerana mindaku agak berkembang kerana dapat  berjumpa dan bergaul dengan orang-orang yang hebat dalam dunia pendidikan.Selain dapat berjumpa dengan Guru JUSA C Pendidikan Islam  ,Tn. Hj. Shamsuddin dan Guru Cemerlang dari serata negeri, aku juga berpeluang bertemu dengan   Ust. Zamri ,  penulis buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 5. Aku dapati beliau seorang yang faqih dalam ilmu agama. Jika ada persoalan berkaitan hukum- hakam terutama yang ada dalam silibus, aku pasti akan merujuk kepadanya.


Foto kenangan bersama rakan guru dan Pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

          
         Dalam satu perbincangan yang panjang, timbul satu isu bilamana ada seorang makcik yang sudah berumur 50 tahun yang masih tidak tahu cara untuk mandi wajib.Sadis.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Isnin, 21 Mac 2011

Bukan Ini Pintaku , Ayah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته......
Salam sejahtera buat semua…..

Hujung bulan lalu, aku menerima SMS daripada seseorang  yang tidak kukenali.

Mesej itu berbunyi  : “Ustazah, saya nak ucapkan terima kasih kepada ustazah , sebab memberi sumbangan kepada kakak saudara saya ,mak Muhammad.Semalam mak dia call saya sambil menangis tanda bersyukur sebab sumbangan yang ustazah beri.Kebetulan Muhammad dan adik-adiknya dah beberapa hari tak makan.Sumbangan yang ustazah beri tu dapatlah mak dia beli beras, gula serta barang dapur yang tak ada.”

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Sabtu, 19 Mac 2011

Fruit Basket Pertama

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته......
Salam sejahtera buat semua…..

Kelmarin , aku menerima sebakul buah atau dipanggil fruit basket pertama dalam hidup setelah memberi ceramah.Selalunya aku menerima wang tunai mahupun cek. Kali ini, aku rasa macam VIP pula kerana selalu aku lihat VIP yang merasmikan majlis  sahaja menerima fruit basket :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 16 Mac 2011

Aku Memang Suka Jadi Cikgu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua.....

Aku memang suka jadi cikgu. 
Memang suka sangat jadi cikgu.

Murid merupakan pelanggan utama bagi seorang guru. Keletah dan kerenah murid  ,ada  yang mencuit hati, tak kurang juga ada yang memanaskan hati. Namun, semuanya aku lalui dari sudut yang positif. Memang letih bekerja seharian, maklumlah, tugas guru  membina insan, bukannya mencipta barang yang  tiada nyawa.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Ahad, 13 Mac 2011

Cuti Datang Lagi....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....

Salam sejahtera buat semua....

Cuti sekolah muncul lagi. Ramai yang cemburu kepada guru apabila tiba musim cuti sekolah.Kenapa cuti sekolah sangat penting dan  bermakna dalam hidup seorang  guru??

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 4 Mac 2011

Lelaki ke Perempuan??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....
Salam sejahtera buat semua….

23 Jun 2004, 4.30 petang, Wad Bersalin, HKL

       “Maryati, cuba sebut, baby ni lelaki ke perempuan?”Mak bidan yang sebelumnya tidak berapa mesra pesakit tiba-tiba mula menunjukkan keramahannya. “Eh? Lelaki ke perempuan nih?” Dahiku berkerut.
               
       4 bulan. “Ha, tengok, itu punainya…..”Dr. Medi girang.Hatiku juga girang.Almaklum, selepas empat tahun menunggu, baru kini Allah kurniakan.

       7 bulan. “Maria, tengok, ada ‘telur’, dua biji tu….” , kata Dr. Medi. Minggu itu, aku dan suami  bershopping sakan. Cadar,topi , stokin, baju, tuala, semuanya berwarna biru.

       8 bulan.“Bila bersalin?” Tanya seorang makcik ,kenalan emakku yang datang bertamu di rumah. “Insya-Allah, bulan depan ,makcik…”jawabku. “Macam lelaki je, anak kau ni …”Aku hanya tersenyum.

       Masalahnya, kenapa satu pun nama untuk bayi lelaki aku tak berkenan?? Puas aku tulis.Puas aku fikir. Puas aku cari.Izzuddin.Hafizuddin.Imaduddin.Ya Allah…. Memang tak berkenan langsung!

Aku tulis pula pilihan nama untuk bayi perempuan. Sofia, Mawaddah, Atirah, Afifah, Munawwarah.Hmmm…. sejuk pula hatiku.

Telefon bimbitku berdering. “La… dulu kata baby boy?!” Tanya si pemanggil.Si kecil yang sedang nyenyak di dalam katilnya tiba-tiba mencebik.“Baby girl?Aik, scan hari tu kata baby boy?” Si kecil mencebik lagi.Hampir-hampir menangis.Tersendu-sendu menahan sebak. Begitulah yang terjadi setiap kali mereka bertanyakan jantina anakku.

“Mak, tolong pesan, siapa-siapa nak datang tolong bawa yang pink-pink ya….” Pintaku serba-salah bercampur malu.



               Mawaddah (3 bulan) bersama nenek

Enam hari di wad,  penuhlah beg Nurul Mawaddah Bt. Mohd. Azizuddin dengan tuala, topi , stokin, baju yang berwarna merah jambu… tak lupa juga gaun  pertamanya yang berwarna merah jambu yang dihadiahkan oleh Nenek Yah….Terima kasih Nek Yah, terima kasih semua…..
Kini, Nurul Mawaddah sudahpun  menempuh alam persekolahannya… Arghhh….Tujuh tahun berlalu, masih terasa baharu semalam aku keluar dari bilik bersalin...….





 p/s: Kehebatan ciptaan Allah yang  tiada tandingan...


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jom Guna Faks Minda

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....
Salam sejahtera buat semua....

Faksimili minda.Pernah dengar alat ini?Pernahkah anda menggunakannya?

     Aku membaca artikel mengenai alat ini daripada Majalah Mingguan Wanita beberapa tahun lalu. Awalnya aku tak ingin membaca ruangan tersebut, namun, kurasa rugi pula jika tidak ‘mengkhatamkan’ majalah yang kubeli itu.Lantas, aku kuatkan hati untuk baca juga…

    Menghantar pesanan atau mesej melalui minda?? Ini memang betul-betul wireless.Percuma, lagi!Caranya?Hanya fokus butiran dan sasaran. Mudahkan? Mari kita cuba.


     Suatu hari , aku sangat teringin makan burger. Dalam hati  berkata-kata “ya Allah, sedapnya nak makan burger….Abang, Maria nak makan burger”. Kata-kata ini aku ulang-ulang dalam hati.Fikiranku terbayangkan wajah suami dan burger.Haha, memang lucukan?

     Malamnya, suamiku tiba-tiba bertanya. “Umi nak makan burger tak?” Wah… nampaknya mesejku berjaya diterima oleh suami.Menarik!Faksimili mindaku berfungsi .


     Kita perlu berlatih selalu jika inginkan faksimili minda kita berfungsi dengan berkesan.Gunakan sahaja, kepada sesiapa yang berkenaan, terutama  kepada pasangan atau orang-orang yang rapat dengan kita.

     Suatu hari  yang lain.Aku bermesyuarat di Hotel Capitol , Bukit Bintang selama tiga hari.Petang, selepas tamat mesyuarat,aku sengaja pulang ke rumah, dengan harapan selepas maghrib nanti , suami sudi menghantarku semula ke hotel tersebut. Malas aku memandu sebab jalannya sesak. “Bang, tolong hantar umi balik hotel semula?”Pintaku. “Alah, umi naik teksi je lah….”balas suamiku. Aku diam sahaja. Diam-diam ubi berisi. Hehehe….
     
      Aku mula menghantar faks minda kepada suami. “Abang, abang baik, kan…?Tolonglah hantar umi balik hotel… tolonglah….” Seperti biasa, aku ulang berkali-kali dalam hati dan membayangkan wajah suami  dan Hotel Capitol.Kelakar pula aku rasa.

     Selepas bersiap-siap, tak semena-mena, suamiku mencapai kunci kereta. “Abang nak gi mana?” Risau aku kalau-kalau mesin faksku ‘rosak’. “Tanya-tanya lagi, marilah abang hantarkan.” Fuh, lega hatiku. Alhamdulillah, ianya tetap berfungsi dengan berkesan.

      Sehingga kini aku tetap gunakan ‘alat’  ini kerana ianya mudah dan percuma. Banyak sudah mesejku yang suami terima.Tetapi , ada satu mesejku yang selalu di’reject’ dan tak pernah diterima suami.Aha…Apabila aku teringin makan pizza, tak pernah satu kalipun mesej ini diterima suami.Kenapa agaknya?Setelah aku fikir-fikir, ohhh… sebab dia memang tak minat makanan ini… Jika hal ini terjadi kepada anda , faksimili minda tidak sesuai digunakan lagi. Jawabnya, paksa dan pujuk rayu aje lah….. :)

Jangan lupa kongsikan pengalaman anda menggunakan faksimili minda dengan saya di sini….Tentu menarik,kan??

Selamat mencuba!!

p/s: … ceriakan hari anda dengan minda yang positif…

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥