Ahad, 26 Februari 2012

Cemburu Tanda Sayang Atau Benci??

 
 
" Hari-hari ibu balik pukul lima. Sekolah lagi penting, sekolah nombor 1. Ibu ada atau tak, sama sahaja. Masa ni belum balik lagi. Isteri kalau tipu suami, memang tak selamat!!."

Hah???????

Apa yang dah terjadi??
 
Apa perasaan anda jika menerima kata-kata begini daripada orang yang paling dekat di hati?

Inilah sms yang diterima oleh seorang teman CikMa daripada suaminya.Lega bukan daripada suami CikMa !! Kalau tak, memang menangis je la CikMa hari-hari. Huhuhuhuuuuuuuuwaaaaaa



Simpati CikMa terhadapnya. Kerja cikgu hari ini, tidak sama macam kerja cikgu  20 tahun yang lalu. Sungguhpun waktu bekerja 7.30 pagi hingga 1.50 tengah hari, namun,aktiviti di sekolah berlanjutan hingga ke petang. Ada hari kena masuk mesyuarat. Ada hari kena buat kelas tambahan. Ada hari, kena jaga murid latihan rumah sukan. Ada hari kena latih murid yang masuk pertandingan. Pendek  kata, memang rata-rata cikgu hari ini semuanya dah kerja terlebih masa.

Bagi suami yang faham, Alhamdulillah. Tapi bagi suami yang dah mula hantar sms begitu kepada isteri, apa lagi yang boleh kita terangkan? Adakah dia cemburu, ataukah sudah ada gerimis benci di hati??Nauzubillahi minzalik.

Komunikasi berkesan antara suami dan isteri sangat penting. Lebih-lebih lagi apabila timbul masalah sebegini. Terus -terang dan bawa berbincang, adalah jalan terbaik untuk menjernihkan keadaan.

CikMa berdoa semoga rumahtangganya kekal bahagia, semoga cemburu suaminya tanda sayang.Bukan benci dan dendam.

Sahabatku, bersabarlah dengan dugaan. Inilah namanya mehnah dalam perjuangan!

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Surirumah Di Hari Minggu

 
 
Setiap Ahad, CikMa menjadi suri sepenuh masa. Sabtu?? Sekolah tiap-tiap minggu. 

Buat apa hari Ahad?? CikMa rasa semua aktiviti para suri sama sahaja. Iaitu:

Membasuh


Menyidai
Melipat

Menggosok
Memasak
Menyapu
Mengemop
Last sekali......


Mengurut  
Ops! Yang last tu, urut kaki sendiri je lah sebab dah penat.. dan urut dada sebab lega semua kerja siap!

Di atas adalah kerja standard dan wajib setiap hari minggu. Tidak termasuk kerja-kerja tambahan dan kecemasan. Kalau ada, makin cemaslah hidup suri setiap hujung minggu!Huwaaaaa


Nota kaki: Semua gambar ehsan daripada YB Google :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Sabtu, 25 Februari 2012

Benarkah Isteri Bertudung Tidak Keras Kepala??

 
 
Wow! Mengancam tak tajuk entri CikMa kali ni?Betul ke isteri yang bertudung tidak keras kepala??

Alkisahnya semalam, sewaktu makan tengah hari, CikMa berbual-bual dengan rakan-rakan sekerja.
 
"Ustazah, alhamdulillah isteri saya pakai tudung. Bini pakai tudung ni, tak keras kepala.Senang jaga.." Kata seorang teman.
 
"Alhamdulillah.." Itulah kalimah yang paling layak CikMa ungkapkan.
 
" Bila bini pakai tudung, senang cerita , kita tak penat. Tak risau." Sambungnya lagi. Beberapa rakan lain yang masing-masing isteri mereka bertudung kelihatan mengangguk-angguk  tanda setuju.
 
 
Taati perintah-Nya, berbahagialah rumahtangga

Ligat minda CikMa berfikir. Mencari konklusi.


Isteri yang bertudung bermakna dia taat pada perintah Allah. Apabila kita taat perintah-Nya, yakin dan pasti Dia akan selalu pelihara diri kita.
 
Jika isteri mentaati Allah, mudahlah dia mentaati si suami

Isteri yang tidak bertudung dan tidak menutup aurat, terang-terangan dia berani melawan Allah, Maha Pencipta.Kalau dengan Allah yang berkuasa pun isteri berani lawan, apatah lagi dengan si suami , manusia biasa.Bukan itu sahaja, isteri yang mengatakan sayang dan cinta kepada suami, dia telah menambah beban suami  dengan longgokan dosa-dosa  tatkala mata lain melihat aurat dan urat-urat rambutnya yang mengurai di bahu. Terhumbanlah si suami ke neraka tanpa disedari.
 Nauzubillahi min zalik.


Benarlah, isteri yang bertudung tidak keras kepala. Mudah-mudahan begitulah, ameen.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Selasa, 21 Februari 2012

Jangan Persiakan Anak Anda

 
 
Jangan persiakan anak anda!
 
 
Ya, itulah yang CikMa nak beritahu kepada semua ibu dan bapa di luar sana.

Sedang CikMa menyemak buku latihan dan nota murid Tingkatan 1 hari ini, CikMa tertarik dengan tulisan dan kerja seorang murid, yang sangat kemas dan menarik perhatian.CikMa lihat muka hadapan. Mahu melihat siapakah empunya gerangan?

Oh. Saiful. (Bukan nama sebenar)
Budaknya rajin dan baik.

Abangnya juga CikMa ajar. Rajin dan baik sama seperti adiknya.Bukan itu sahaja, mereka juga bijak dan berada dalam kelas pertama.

Jadi, apa masalahnya?

Masalahnya, si ayah tidak mempedulikan mereka lagi. Mereka mangsa penceraian.Cuma syukur  teramat kerana mereka bukan sahaja bijak dan  aktif di sekolah malah pandai pula membawa diri.

CikMa usahakan agar mereka menerima bantuan biasiswa. Pendapatan ibunya yang sangat kecil, pastinya akan menyesakkan laluan hidup mereka berdua.
 
Menyelami hati anak-anak itu,   membuatkan naluri ibu  dan guru terbit simpati teramat. 

Andai satu hari nanti mereka di mercu jaya, bakal munculkah dia yang bernama ayah??


Jangan, jangan persiakan anak anda!

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Ahad, 19 Februari 2012

Farmville Sebenar Lagi Best!

 
 
Dulu-dulu, CikMa memang suka sangat main game Farmville. Alah , yang kat facebook tu... sanggup kira berapa jam lagi nak petik, beli  lembu, kuda , pokok epal , sibuk hantar gift lah.. dan macam-macam lagi. Tanpa disedari, rupa-rupanya permainan ini membuatkan CikMa ralit, malah  mengabaikan hal-hal yang utama.
 
 

Farmville yang melekakan .....

 

Setelah diberi 'hidayah' daripada Allah, CikMa dah berhenti main game tu...Kesibukan di sekolah dan menguruskan rumahtangga ditambah lagi dengan kelahiran  blog ni, buatkan CikMa dah tak berapa hairan dengan  permainan tersebut... Semua ville tak gempak lagi....

Yang ni lagi gempak. Farmville sebenar


Lagi puas hati, malah bermanfaat!



Disebabkan En Asben dah extend rumah depan belakang sampai takde tanah, jadi CikMa tanam dalam pasu sahaja... Pokok cili, daun kesom dan daun pandan... jadi  setakat nak pakai setangkai dua boleh petik-petik sahaja kan.... 


Inilah kali pertama CikMa bercucuk tanam... Kira sejuk jugak tangan CikMa ni kan?Kan? (perasaan terlebih jer...)


Tengok ni pulak....


Lebih 20 biji dari 3 pasu yang dipetik....


 
Seronok rasanya! Tapi satu je yang buatkan CikMa hairan....Kenapa cili api yang CikMa tanam ni rasanya tak pedas??? 
 Ada siapa-siapa boleh tolong jawab tak?? Huhuhuh

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Sabtu, 18 Februari 2012

CikMa dapat BPI...

 
 
CikMa rasa gembira sangat sebab dapat BPI. Apa tu?? Baucer Pembelian Istimewa. Vavavava... Shopping sakan lah CikMa nampaknya... 
Siapa nak join ??Meh nak belanja. :D
 
Ehhhhh.. bukan-bukan...Saja buat gimik je...

BPI tu ialah Bilik Pendidikan Islam..... Bilik tu betul-betul sebelah surau, jadi,lepas ni senanglah CikMa nak kawal pergerakan keluar masuk anak-anak murid CikMa... 
 
Alhamdulillah...Terima kasih Allah, I Love You Allah




Asalnya bilik ni pernah menjadi Bilik Pendidikan Islam beberapa tahun  dahulu. Setelah itu ,ianya telah dijadikan bilik untuk aktiviti lain. Namun, disebabkan kurang  fungsi, maka CikMa telah memohon semula BPI ini... Alhamdulillah, dapat...


Dapat set perabot baharu... :)


Seronoknya belajar!



Memuatkan 30 orang murid dalam satu-satu masa


CikMa berhasrat nak cat dinding dan syiling tu... nak pasang langsir dan hiaskan papan kenyataan. Insya-Allah..... 
 
Keseronokan bekerja, keseronokan belajar, guru dan murid dapat manfaat!

Bilik PI sebelah surau,
Sejuk selesa semua suka,
Murid solat ustazah pantau,
Diri diredhai hidup berjaya.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Segmen: Tambah Follower Sampai Pengsan

 
 
Ini kali kedua CikMa  nak join segmen yang dianjurkan untuk para blogger. Segmen apa ye?Ni ha...


  

Kali pertama dulu CikMa pernah join segmen adik LyssaSecret.. nampaknya, bertambah juga  pengunjung dan follower blog CikMa...  Lepas tu CikMa teruskan berblog macam biasa.... Sibuk kerja, menghadkan peluang untuk join segmen-segmen yang lain.

Hari ni, terasa pula nak join. Syarat pun simple je, jadi follower adik manis ni, letak banner segmen dan tulislah apa-apa yang berkaitan dengannya.Tarikh tutup, 3 Mac 2012. Sempatlah kan..... 

Tujuan CikMa sertai segmen ini kerana:

  1. CikMa nak kongsi cerita   sebagai seorang hamba Allah, anak, ibu, isteri , dan guru.
  2. CikMa  nak kongsi idea untuk bakal guru (jika ada)supaya  suburkan minat dan keseronokan dalam mengajar anak murid.
  3. CikMa nak tambah follower,of course.
  4. CikMa nak support adik Lezza ni...
Siapa nak join , meh laaa.. free je pun... :)




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 17 Februari 2012

CikMa Nak Upgrade Surau...



 
 
Kalau boleh, semua benda nak buat, kan?? Penat memang penat, pagi-pagi hadap macam ni....


CikMa sarapan dalam kereta...  >.<


Untuk mengubati lelah ke tempat kerja, CikMa terfikir apa lagi nak dibuat supaya seronok di tempat kerja.
Surau......Surau!!
Dah lama tak upgrade... 
Surau kami kecil sahaja, lebih kecil daripada bilik darjah. Mujur pihak gereja bagi juga bilik untuk menunaikan solat... jadi terima sahajalah....Alhamdulillah...
 

Carpet nak kena tukar... dah 10 tahun pakai... :(
Dapat memuatkan 35 murid dalam satu-satu masa
Tempat wuduk dah terlalu usang, dah sental pun tak hilang
Kipas pun dah rosak dan belum berganti..... :(

 
Aduhai... kasihan kan kat murid-murid CikMa... Jadi, sekarang CikMa berhasrat untuk naik taraf surau sekolah kami ini... CikMa sedang buat kertas kerja, mohon sumbangan daripada pihak Baitulmal... Harap-harap ramailah yang dapat menyumbang... Bila surau dah kondusif, tentu hati mereka dekat dengan surau, mahu dan rajin menunaikan solat...

Mudah-mudahan impian ini terlaksana.... Amin...


Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya” (HR. Bukhari)

Berikut contoh konkrit, sedekah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sedekah telah meninggal dunia :
1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
2. Ajarkan seseorang sebuah doa. Pada setiap bacaan doa itu, anda mendapatkan kebaikan.
3. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
4. Tanam  pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung di bawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
5. Tempatkan pendingin air atau kipas di tempat awam.
6. Edarkan bacaan yang boleh membangunkan seseorang.
7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
8. Edarkan CD Quran atau doa.
9. Bantulah pendidikan seorang anak.
10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal di atas, anda dapat kebaikan sampai hari Kiamat.Wallahu a'lam

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 16 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H(2)

 
 
"Ustazah nak amik gambar tak?? Biar saya tolong, saya kan photographer sekolah.... " Ramah  si Shafieq ,murid Tingkatan 5.

" Ustazah nak guna mic, Megat boleh tolong pasang semua? " Megat angguk, murid CikMa yang ringan tulang. (dialah yang mula-mula ajar CikMa buat blog) Mekasih Megat... :)

"Projektor tu, biar saya pasang kak." Aziati, Kaunselor Sekolah CikMa menghulur bantuan.
 
Lega sungguh hati CikMa apabila murid dan rakan  sekeliling menyokong CikMa yang 'sebatang kara' di sekolah ni...
 
 "Wah.. Pn. Maryati... saya tengok semua murid concentrate masa sesi ceramah tu...Nampak menarik dan hebat, lah... " Ulas Pn. Lim , Penyelia Petang sekolah CikMa.
 
"Hanya 8 orang sahaja yang tak datang tau , Pn. Lim.." Saja CikMa menambah.
 
"Wahhhh...." Terbeliak biji matanya....tahniah-tahniah!" Katanya sambil tersenyum lebar.

CikMa menyengih. Macam kerang baru direbus.
 
Dalam hati , berulang-ulang CikMa sebut:

Alhamdulillah, terima kasih Allah, I Love You Allah


 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah, I Love You Allah

 
 
"Adik-adik semua apa khabar???" Tanya Ustaz Alang  kepada anak -anak murid Islam CikMa semalam. 

"Baik.... " Jawab mereka secara ber'jemaah'.

"Ehhh.. itu jawapan orang Kristian...." Sahutnya.

"Adik-adik apa khabar??" Beliau bertanya lagi.

"Alhamdulillahhhhh..." Suara jemaah makin kuat, yakin betul.

"Hmmm.. itu jawapan artis...." 

Masing-masing tercengang. 

"Jawab begini ya......"
 





Alhamdulillah, terima kasih Allah, I Love You Allah

Baru betullllll    :)

Nota kaki: Kredit untuk Mawaddah sebab sporting nak buat simulasi  untuk blog ummi :)...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 15 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H

 
 
Setelah beberapa tahun tiada sambutan Maulidur Rasul di sekolah CikMa kerana masalah kewangan, Alhamdulillah, tahun ini Allah lorongkan jalan untuk CikMa melaksanakannya di sekolah... Saat-saat akhir, CikMa dapat peruntukan dari JPN, dan dalam masa 5 hari, CikMa bertungkus-lemas menyiapkan kertas kerja, melantik barisan AJK, merangka anggaran perbelanjaan , membuat surat pemberitahuan kepada ibu bapa, menjemput penceramah dan mewar-warkan kepada murid dan para guru.. Walaupun bergerak solo, Allah ada sebagai sumber kekuatan dan pembantu teragung. 
Alhamdulillah, terima kasih Allah, I Love You Allah!

Pada 14 Februari 2012, bersamaan hari Selasa (semalam) , Program Maulidur Rasul telah berlangsung dengan jayanya di sekolah CikMa. Tingkatan 1 dan 3 berkehadiran penuh, Tingkatan 2 ada 5 murid tak hadir (nak kena tarik telinga nih), Tingkatan 4 dua orang dan Tingkatan 5 hanya seorang tidak hadir. Jadi, daripada 124 murid Islam di sekolah CikMa, hanya 8 orang sahaja yang tiada. Satu Perkara yang melegakan! 
Alhamdulillah, terima kasih Allah, I Love You Allah!
 
 
Alunan zikir yang mendamaikan jiwa.... 
 
 
CikMa telah menjemput Ust. Nor Naemi bi Md. Som dan Zainon (nama ibunya) , dari Motivasi Sentuhan Qalbu (MSQ) Power Training  sebagai penceramah jemputan. Dalam masa yang singkat, beliau berjaya menarik perhatian anak-anak murid CikMa , malah berjaya menyampaikan pati -pati ilmu dengan berkesan dengan gayanya yang bersahaja dan lawak jenaka sekali -sekala. Penyampainnya telah  menyuntik semangat kepada diri CikMa khususnya dan kepada murid-murid dan sekalian guru  amnya , yang hadir pada hari tersebut.
 Alhamdulillah, terima kasih Allah, I Love You Allah!
 
Murid-murid Islam adalah pendakwah di sekolah...
 
 
Di sinilah, titik bermulanya perjuangan bagi seorang CikMa dalam tahun yang mencabar!!


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Ahad, 12 Februari 2012

Modul Cuti Sekolah

 

Kerja punya kerja, tup-tup, dah nak cuti sekolah. Kepada kawan-kawan seangkatan CikMa, bolehlah muat turun Modul Cuti Sekolah Bulan Mac untuk subjek Pendidikan Islam, tingkatan 4 dan 5. Tengok kat sidebar sebelah kanan di dalam ruangan Bahan Pendidikan Islam.CikMa buat simple sahaja... biar senang nak semak.... Manakala bagi Tingkatan 1 ,2 dan 3 sedang dalam proses.... dah ada nanti, CikMa bagitahu. Itu pun kalau berminat ler.... Buat  'bekal'  kat anak-anak murid sempena cuti sekolah.... 

Ilmu, berterusan walaupun cuti. Tak gitu? *-*



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Baju Arnab

 
 
Sudah sebulan setengah CikMa mengajar di sekolah. Kerja memang banyak, tak pernah habis. Di celah-celah kesibukan dan kepenatan itu, tetap juga CikMa mencari keseronokan dalam bekerja... Barulah hilang rasa penat....

Hari ini sahaja ada banyak peristiwa yang berlaku di sekolah. Tapi, ada satu cerita yang mencuit hati.

"Ustazah, kalau kita pelihara burung, berdosa tak?" Tanya Irfan , anak murid CikMa yang ringan tulang.

Haishh... susah juga nak jawab nih....

"Kalau nak pelihara haiwan, kena ada sifat ihsan terhadap binatang...."CikMa menyusun ayat.

"Kena bagi makan, minum, rawat kalau sakit dan biarkan dia bebas, jangan terkurung ..." Sambung CikMa.

"Ustazah, saya ada arnab. Seminggu sekali je saya lepaskan dia." Cerita si Irfan. "Tapi, hari-hari lain, saya kurung dia. Berdosa tak saya?"

"Kalau sangkar dia besar, okaylah, dapat juga dia berjalan-jalan, kan? Kalau tidak , boleh krem kaki dia..." Jelas CikMa.

"Ustazah, saya ada belikan dia baju. Mahal, RM40 harganya.Saya beli kat pet shop"
 
Macam ni agaknya baju arnab Irfan... :) Kredit En. Google
 
Ya Allah, bagai digeletek hati CikMa ni... "Mahalnya, sama mahal macam baju awak." CikMa melayan....Hilang rasa penat memandu sejam ke sekolah.

Irfan tersengih-sengih.... "Kalau tempah lagi mahal, ustazah!"

Aduhai Irfan... girang hati ustazah dibuatnya!

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 9 Februari 2012

Hafalan Solat Delisa : Banyak Manfaatnya!

 
 
Apa khabar semua? Dah tengok tak movie Hafalan Solat Delisa? Ditayangkan di Astro First atau boleh download dari youtube.






Kisahnya ringkas, tentang seorang kanak-kanak yang berusaha menghafal bacaan dalam solat. Namun, di sebaliknya, jalan cerita kisah ini mengetuk jiwa ....

Solat kita, khusyukkah??
Amalan kita , ikhlaskah??
Kasih sayang, dihargaikah??
Pengorbanan, berbaloikah??
Dugaan dan cabaran, tabahkah hati kita menghadapinya??

Bermula dari kisah  Delisa yang meneruskan pembacaan dalam solatnya, tanpa menghiraukan jerik- pekik orang lain tentang kedatangan tsunami, membuatkan air mata CikMa menitis tanpa henti sehinggalah kesudahan cerita.


Anak kecil ini tetap meneruskan solat walaupun tsunami melanda....




Manakala bagi Mawaddah, dia menangis ketika scene abi menjerkah kepada Delisa : "Ummi ngak ada!"  setelah Delisa menyebut nama umminya kerana rindukan masakan si ibu. Diikuti lagu Kasihmu Ibu, berjaya memecahkan empangan air mata Mawaddah....
 

Kerinduan kepada yang tersayang jelas terpancar


 
 

Pertemuan dan perpisahan, milik-Nya jua...


 
Delisa tetap tabah dengan kehidupan walaupun telah kehilangan tiga kakak, ibu dan sebelah kakinya.

CikMa kira, hampir 10 kali Mawadah menonton kisah ini tanpa jemu. 

Apa yang membuatkan CikMa terkesan ialah, setiap kali tidur dan bangun tidur, Mawaddah tekun membaca doa. Tatkala tiba waktu solat, dia sudah kurang culasnya.... Alhamdulillah...

Tontonlah sendiri, mudah-mudahan kalian mendapat manfaat yang banyak....


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Isnin, 6 Februari 2012

Rasulullah SAW Ikutan Terunggul

 
 

Benar, Baginda SAW merupakan contoh dan ikutan terbaik.

Ketika dirinya dibaling dengan najis, Baginda SAW masih memaafkan.
Ketika lehernya dijerut , Baginda SAW tetap bersabar.
Ketika laluannya ditabur duri, Baginda SAW tidak mengeluh.
Walau tetap dinobat syurga Allah SWT, Baginda SAW masih setia sujud di sepertiga malam, sehingga bengkak buku lalinya.

Lalu.... mengapa kita mengabaikan ajarannya? 
Sedangkan batu yang tidak bernyawa mahu mengikut Baginda SAW ketika peristiwa Isra' Mikraj, inikan pula kita manusia yang berakal.....

Ayuh, hayati dan hidupkan sunnah Nabi SAW... semoga Allah sentiasa merahmati...



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 3 Februari 2012

Status Facebook Cikgu/ Pensyarah

 
 
Cerita tentang facebook.

Alah, cuti nak habis.... malasnya nak pergi kerja.....

I hate u. Aku meluat tengok muka engkau!Berambus, pergi jahanam!

Hatiku patah, sia-sia sahaja perhubungan kita selama ini

Begitulah, serba sedikit status facebook  yang 'terbaca ' oleh CikMa.
 Ada lagi.
I miss my kids. My Family. Asyik kena hantar kursus je... boring!!



Facebook, memanglah hak peribadi. Namun, CikMa cadangkan, sekiranya kita mahu 'kebebasan menaip' , ada baiknya kita asingkan akaun untuk teman dan anak murid.

Kenapa?
Banyak kebaikannya jika diasingkan.

Bayangkan , apabila anak murid  kita sama ada  di sekolah, kolej atau universiti membaca status kita yang sedemikian, adakah itu memberi kebaikan atau sebaliknya kepada mereka?



Di sekolah, di kolej mahupun di universiti, kita sebagai pendidik berkobar-kobar menyebar ilmu kepada anak murid. Tetapi, malangnya hanya dengan status fb kita yang 'tanpa mengira batasan' itu, mungkin boleh mempengaruhi pemikiran para pelajar.


Mereka juga akan tidak bersemangat apabila cuti tamat.
Mereka akan tahu bila masanya jiwa kita ' kacau.'
Mereka juga akan rasa bosan dalam aktiviti seharian.

Tulisan dan kata-kata, sememangnya bisa sahaja mempengaruhi minda dan tingkahlaku orang lain. Oleh itu,CikMa berpesan kepada diri sendiri dan teman-teman pendidik yang lain , supaya berwaspadalah ketika menekan huruf-huruf itu....

Peace no war... :)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 2 Februari 2012

Tahun Yang Mencabar!

 

Sudah hampir sebulan CikMa mengajar ' dua alam'. Sesi pagi dan sesi petang. Ada kelebihan dan kekurangan jika mengajar dua sesi ni. Yang baiknya, hanya satu hari je CikMa sampai rumah jam 8 malam. Selebihnya, Asar sudah tiba di rumah.Alhamdulillah. Yang tak berapa baiknya? CikMa terpaksa memandu selama 1 jam sebelum tiba ke sekolah. Sana sini jalan sesak.Bagi orang feremfuan macam CikMa , memandu terlalu lama dan jauh bisa aja membuatkan tenaga cepat berkurang.



Jadi di sekolah , CikMa lah satu-satunya guru agama. Murid-murid, lelaki semua. Pelik kan? Tapi itulah hakikat yang CikMa kena redah. Sebagai sumber kekuatan, CikMa niatkan setiap perbuatan kerana Allah. Terasa Dia ada di setiap saat, buatkan diri jadi kuat. Terasa Dia dekat di hati, buatkan diri sentiasa diredhai. Mudah-mudahan, amin.

CikMa mengajar  Pendidikan Islam, Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5.Oleh kerana murid Islam sekolah CikMa tidak ramai, iaitu 124 orang sahaja, maka tiada lagi guru agama dihantar setelah seorang ustazah sekolah CikMa berpindah ke Selangor.

Mencabar! Selama 10 tahun ini, CikMa hanya mengajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, namun tahun ini mesti bekerja keras , sebab murid PMR dan SPM akan CikMa ajar. Harap-harap CikMa dapat mengajar mereka dengan baik.

Menjadi Ketua Panitia, seorang diri, sememangnya mencabar. Program agama di sekolah , banyak. Namun, CikMa yang terpaksa pikul semuanya sendirian. Fail Panitia yang berbelas-belas itu, kenalah CikMa yang hadap seorang. Kalau sebelum ini, bahagi dua, tidaklah terasa sangat. Belum kira lagi tugas-tugas lain seperti guru biasiswa , guru penasihat, guru disiplin dan lain-lain lagi. Namun, apa boleh buat...CikMa mesti belajar menerima realiti kehidupan. Mesti kuat hadapi dugaan.

CikMa yakin, di setiap kejadian dan ketetapan, Allah letakkan sebaliknya banyak hikmah dan kebaikan. Semoga CikMa menemui semuanya itu dalam perjalanan!

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥