Selasa, 31 Mei 2011

Diri yang Tertampar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Bulan lalu, saya telah membaca catatan Wardina tentang pengalamannya dalam mengajar anaknya, Amna menunaikan solat.(boleh cari dalam google bagi sesiapa yang belum membacanya)

Seketika, saya jadi malu dan insaf

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Aduh Risaunya....

السلا م عليكم وحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Hari ini, saya mendapat email daripada Jutawan Internet, iaitu Irfan Khairi. Mari kongsi!

Tip Pilihan: Risau Membawa Stress
Oleh: Irfan Khairi
 
Pernah tak anda merasa stress atau tension? Punca utama stress datangnya daripada kita "risau" sesuatu. Bila kita selalu risau, itu yang menyebabkan stress. Dan stress pula banyak mengakibatkan penyakit .
 
Ada research mengenai "risau" mengatakan:
  • 40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi pun
  • 30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubahkan pun
  • 12% orang risau tentang kesihatan
  • 10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil
  • 4% pula risau tentang perkara yang akan datang dan tidak boleh kita ubah pun
  • Manakala 4% lagi adalah risau yang boleh kita lakukan sesuatu!
Jadi, next time anda risau dan terasa stress, lihat kembali statistik ini. Risau anda dalam % yang mana? Mudah-mudahan ianya akan mengurangkan stress anda!
Apabila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa-apa  sahaja cita-cita kita. 
Senyum selalu & selamat bercuti ...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Oh Anak Lelaki!

السلام عليكم ورحمة الله  وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Sewaktu mengemas surau pagi tadi, aku dibantu oleh 4 orang anak muridku yang setia...tekun  membantu dari jam 11 pagi hingga 2 petang.

"Lipat sejadah tu macam ni.... baru kemas....sama....bila susun nampak cantik..."Aku membuat simulasi.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Isnin, 30 Mei 2011

Akukah yang Bersalah??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Suatu hari, sebuah keluarga sedang berjalan menuju ke sebuah gedung membeli-belah. Tiba-tiba, anak yang kecil terjatuh.

"Kakak, kenapa tak pegang adik?!Tengok ??Kan adik dah jatuh!" Jerkah si ibu.

Si kakak yang tak tahu apa-apa terpinga-pinga. Ralat kerana dia dipersalahkan atas 'dosa' yang tidak disangka-sangka.Kasihan.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Belum Cuti Daaaa....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua....

Cuti Semester 1 telah bermula. Sebagai seorang guru, cuti dua minggu ini akan dimanfaatkan sepenuhnya. Jadi, aku mula merancang apakah yang mahu aku lakukan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Jumaat, 27 Mei 2011

Apabila Dia Mula Berbohong...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Siakap senohong, gelama ikan duri                                 
     Bercakap bohong, lama-lama mencuri.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Selasa, 24 Mei 2011

Lelaki Ibarat Pemburu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua...

Minggu lepas, aku  terbaca sebuah artikel yang ditulis oleh seorang  wanita  yang telah bercerai dengan suaminya. Kisahnya mengundang rasa kesal dan sesal, masakan tidak kerana menurut wanita ini seluruh hidupnya bertumpu hanya untuk keluarga.Namun, panas yang disangka hingga ke petang, hujan pula di tengah hari.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 19 Mei 2011

Ustazah Sayang Semua....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua....

Hari ini anakandaku menyambut Hari Guru di sekolahnya. Walaupun demam, kuat juga semangatnya untuk ke sekolah. Aku juga menggalakkan dia pergi demi sebuah pengalaman menyambut Hari Guru di sekolah kebangsaan. Maklumlah, setahun hanya sekali.Tentu ada persembahan dan lain-lain acara yang menghiburkan.Semalam, jenuh aku membalut hadiah untuk semua guru yang mengajar Mawaddah.Aku ingin menerapkan nilai menghargai jasa guru kepada Mawaddah sejak kecil lagi.Aku berharap tiada yang tertinggal dan semoga mereka gembira menerima hadiah  daripada Mawaddah.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Ahad, 15 Mei 2011

Mawaddah oh Mawaddah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua...

Sempena Hari Ibu baru-baru ni, aku telah menerima kad ucapan dan hadiah daripada anakku, Nurul Mawaddah. Hampir setiap hari dia bercerita tentang hadiah yang ingin diberikan kepadaku pada Hari Ibu nanti.

"Ummi, Mawaddah ada hadiah special untuk ummi tau.."Dia tersengih-sengih.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Sabtu, 14 Mei 2011

Usah Berubah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua...

Sambutan Hari Ibu baharu sahaja berlalu. Ramai di antara kita yang menjadi ibu pastinya girang apabila menerima kad-kad ucapan dan hadiah daripada anak-anak. Terubat sedikit hati kita apabila dihargai sedemikian rupa. Hilang sebentar lelah tatkala menerima kucupan dan pelukan anak-anak.

Sudah besar rupanya anak-anak kita.Kian remaja dan dewasa.Namun, ibu tetap ibu, anak tetap anak.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Share Your Dreams

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.....
Salam sejahtera buat semua.....

Tidak lama lagi, anak-anak kita akan menduduki peperiksaan Semester 1.  Sudah tentu  kita  inginkan anak-anak mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Namun, adakah kita sedar, adakalanya kita berangan-angan seorang diri. Dalam erti kata yang lain , kita menjadi ibu bapa yang 'syok sendiri'.

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Khamis, 5 Mei 2011

Dengki: Salah Satu Penyakit Hati

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....
Salam sejahtera buat semua.....

Mengapa perlu dengki?

Memburuk-burukkan nama orang lain dengan tujuan untuk menaikkan diri sendiri.

Malang sungguh!

Seharusnya sifat ini dibuang jauh-jauh  kerana jika tidak dibendung, bisa sahaja melumpuhkan tamadun dan kemajuan manusia .

Bukankah setiap orang mempunyai potensi dan kelebihan diri masing-masing? Malah setiap orang ada rezekinya sendiri.Jadi, mengapa harus berdengki?

Gantikanlah sifat dengki kepada sifat hormat-menghormati. Diri kita pasti akan dihormati dan disayangi.

Mari kita saksikan klip video di bawah.
Dengki, membawa rugi!
Renung-renungkan dan selamat beramal….. 



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥

Rabu, 4 Mei 2011

Panggilan Keramat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
Salam sejahtera buat semua....

Suatu hari, aku dijemput untuk menyampaikan ceramah Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR di sebuah sekolah terkenal di ibu kota.Ketika sampai di pondok jaga, aku mengucapkan salam kepada pengawal yang bertugas.Di awal pagi, mukanya mencuka dan garang. Sesuailah dengan tugasnya mungkin. Namun, aku tetap ceria dan bermanis muka.

“Assalamualaikum, puan. Saya penceramah yang dijemput untuk Teknik Menjawab.Di mana boleh saya parking kereta?” 

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Sini ! Suka? Like tau ! ♥